Friday, 26 July 2013

Pakaian Rasmi

Hari ni .. menteri belia dan sukan menegur BAM dengan cara etika pakaian pasukan semasa berlepas ke hongkong untuk sesi latihan terakhir sebelum World Champ nanti.

Menteri membandingkan Fam dengan BAM dimana pemain dan pegawai FAM apabila keluar negara siap dengan pakaian rasmi yang disediakan oleh persatuan.

Bagi kami , kami memang tidak mempunyai pakaian rasmi untuk kitaorang pakai pada sebarang acara rasmi mahupun tidak rasmi. Aku masih ingat semasa piala sudirman tempoh hari , semaca acara welcome dinner yang dianjurkan oleh BWF, penganjur menyuruh semua kontinjen mengenakan blazer untuk menghadiri jamuan itu. Seperti biasa kami pergi ke acara itu dengan memakai track suit Yonex . Alangkah malunya sebagai tuan rumah kami menghadiri acara itu dengan berpakaian sebegini. Pasukan indonesia sangup membeli blazer baru untuk atlit dan pegawai mereka. Kata Rexy president mereka mengarahkan membeli pakaian baru kerana ini melimbatkan maruah negara.

Setahu aku , last sekali aku dapat blazer dari BAM semasa aku main world Junior .. tahun berapa dah x ingat dah... Munkin BAM ada alasan tersendiri untuk mengabaikan perkara ini. Aku x sangkal perkara baju ini bukanla penyebab menang dan kalah.. kalau ada orang yang kata.. kalau pakai baju cantek.. garenti boleh menang ke... jawapan aku ..memang xlaaa...

Aku rasa teguran Menteri lebih kepada imej pasukan dan imej negara...

No comments:

Post a Comment