Friday, 2 December 2016

HARI INI DALAM SEJARAH - UNDANG-UNDANG WANG KERTAS NEGERI-NEGERI SELAT DIUMUMKAN






UNDANG-UNDANG WANG KERTAS NEGERI-NEGERI SELAT DIUMUMKAN

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1896,  Undang-Undang  mengenai  Nilai Wang Kertas  di Negeri-Negeri  Selat  telah  diumumkan. Pengumuman  ini  dibuat  bagi  mengatasi  masalah  berkaitan  dengan   penggunaan unit kewangan  nilai  matawang  dan penawaran  wang  yang  dikawal  oleh nilai 'Sterling'.   Matawang  ‘Dolar’  telah  diterima  secara  rasminya  sebagai  unit  kewangan di Negeri-Negeri Selat  dan  Tanah  Jajahan  British  yang  lain  pada tahun 1867.  Berikutan  itu  satu  syor  dan  cadangan  telah  dibuat  oleh  Perbendaharaan  British  agar  pihak  kerajaan  mengeluarkan  wang  kertas.  Namun  begitu,  cadangan  tersebut  yang  dimajukan  kepada  Majlis  Perundangan  telah  mendapat  tentangan  daripada  bank-bank  yang  juga  diberi  hak  untuk  mengeluarkan  wang.   Berikutan   daripada   pelbagai    masalah  yang  timbul  dan  bantahan  yang  diterima,  akhirnya  Majlis  Perundangan  telah  mencapai  keputusan  untuk  mengeluarkan  wang  kertas  di  Negeri-Negeri  Selat  yang  dikawal  selia  oleh  pihak  kerajaan.  Sesungguhnya Undang-Undang Wang Kertas Negeri-Negeri Selat yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1896 telah berjaya dilaksanakan di Negeri-Negeri Selat.

No comments:

Post a Comment