Sunday, 17 March 2013

Hari Yang Membosankan

Orang semua cakap duduk kat europe ni best... mana yang bestnyee pon aku x tau le... hari ni satu hari aku kat bilik sebab kedai semua tutup.. kalau kat kl ni ..kat mana mana aku boleh pegi..

Sepanjang 2 minggu aku kat sini .. x banyak aktiviti yang aku lakukan.. hall - hotel dan masak... rasa macam dah lama sangat duduk kat sini.. munkin sebab mencapai tahap kebosanan yang melampau...

Hari cuba xnak tido.. besok dalam kul 5 am dah nak kena gi airport.. nak tido terus dalam flight nanti..

Semoga aku selamat sampai kat kl.. x sabar nak jumpa ngan my beloved family.. bye...

Kerja keras lagi

Semalam .. kwei dan Vivian tewas kat pasangan muda dari Korea. Pasangan lawan ni memang baik dan harus diberikan perhatian.. aku lihat diaorang ni lebih baik berbanding pasangan yang lebih senior mereka..mereka ni memang kuat dalam defence dan kekuatan tangan juga baik..

Bagi kwei dan Vivian pula ..satu permulaan yang baik.. aku pon x sangka diaorang boleh samapai tahap ni kat Swiss ni..

Balik nanti aku harus fokuskan kembali latihan untuk diaorang ni... nak cepatkan balik pergerakan kwei tapi secara berperingkat..coz takut injury datang balik..Vivian pula kena banyakkan variasi pukulan attack beliau coz nak main top pair dunia bukan senang nak kill.

Apapun besok dah nak balik kl.. miss my family very much.. nasiblaaa anak ngan bini aku dah faham sangat dengan kerja aku ni...

Susah senang

Kami bertiga memang dah lama gila kerja sekali.. masa project 2012 lagi... susah senang sama sama... masa tu team kami punya laaa cekai.. aku ingat lagi masa pergi Singapore open... orang keluar hotel untuk main first round.. kitaorang balik kl sebab semua dah kalah masa qualifying round. .. Masa tu dalam bas.. Rashid cakap kat aku.. Man ..apa teruk sangat team kita ni.. macam  macam pikir masa tu...

Alhamdullillah... ada juga player team kitaorang tu masih kat dalam team kita lagi... Darren, Wei Feng, Peng Soon semua dah jadi senior player kat team Malaysia. .

Apapun aku happy sekali kalau dapat keluar dengan dorang ni... kutuk, ketawa dan paling penting Abok memang sasaran kami.. haha...

Swiss open 2013

Semalam kami sampai dalam pukul 2pm dari birmingham. Satu minggu dah lepas dan bagi aku agak happy dengan keputusan player ladies aku kat all england ni...

Walaupun setakat quarter final je... tapi yang penting kwei dah beransur pulih dari kecederaan dia. Dah tentu masih banyak lagi diaorang nak kena belajar dan aku kena peningkan kepala aku lagi untuk tingkatkan prestasi diaorang. Harap pihak BAM bagi aku masa yang secukupnya.

Dekat Swiss open ni, draw kwei dan vivian agak susah juga, jumpa second pair indon yang menurut kata assisten aku.. dorang x suka main. Harap sangat diorang dapat main dengan tenang macam kat All England. Menang kalah xlaa penting sangat kat aku, cara main penting coz senang nak rangka program lepas tu.

Kita tunggu je laa keputusan esok k...

10 tahun

Last sekali aku datang kat sini masa aku player. Masa tu team manager datuk Al -Amin . Rashid pon masih main lagi.

Bagusnya kat sini bangunan masih sama, tak banyak yang berubah. Kalau kat kl dalam 10 tahun , bangunan lama pon dah xde.

Monday, 4 March 2013

Lahad datu

Bangun awal gila hari ni... biasalaaa.. time x adjust lagi.. bangun terus check news kat Malaysia.. sedih dengan keadaan kat lahad datu... coz banyak anggota keselamatan kita yg gugur...

Yang menyedihkan lagi ramai org mempolitikkan hal ini.. dorang yang gugur ni semua kan berbakti kepada negara.. kau buat apa... pandai komen aje..

Kami bertiga pon bercerita dan bertukar pendapat dan rata2 x suka dengan sikap segelintir masyarakat yang x mengenang langsung jasa dan bakti mereka ni... kalau betul laa pasukan keselamatan kita x guna... aku rasa dah lama dah negara kita hancur..

Apapun aku ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mereka yang gugur itu...Al-fatihah. ..

# kekadang terfikir.. benda yang sama dorang gunakan untuk kutuk semua sportman kan Malaysia ni...bila menang... puji kaw kaw... bila kalah... pijak sampai mati tu.....

Birmingham town

Jalan jalan sikit kat town ni... nak hilang ngantuk... coz kat kl dah malam ni....

Seperti biasa aku , rashid ngan abok mencari phone line yang ada data untuk dipakai... maklumlaaa semua dah ada anak bini untuk dihubungi... akhirnya kitaorg dah jumpa phone line yang agak sesuai dan terus beli walaupun agak mahal juga... dah terpaksa.. hantam sajalaaa...

Sebelum balik sempat makan kebab coz perjalanan dari town ke hotel lebih kurang setengah jam jugak coz mengunakan kenderaan kaki...boleh lapar balik tu...