Wednesday 15 March 2017

Datuk Lee dan rutinya

Tahniah LCW , menjuarai kejohanan All england untuk kali keempat. Sesuatu pencapaian yang sunguh terbaik dari seorang pemain yang luarbiasa.


Tetapi itu bukanlaaa perkara utama yang aku ingin ceritakan. DLCW baru saja sampai dari Birmingham semalam dan aku lihat di tv... kondisi beliau agak kurang baik dan munkin ada sedikit selsema. Nada suara beliau bercakap sewaktu di interview menguatkan lagi tekaan aku tadi. Dalam keadaan logiknyaa, beliau munkin akan bercuti sehari dua untuk memulihkan kondisi beliau.

Pagi ini ,seawal jam 8am , aku lihat kelibat beliau masuk ke dewan . Terus aku tertanya , tak penat kah beliau . Tetapi aku lupa , itulaaa CW , setiap kali bila pulang dari kejohanan antarabangsa , belaiu akan terus menjalani latihan keesokan harinya. kebiasaan pemain akan diberikan cuti sehari setelah tiba dari sesuatu kejohahan . DLCW ternyata sangat berbeza dalam hal ni.

Patutlaaa beliau boleh mengekalkan prestasi pada ketika ini. Pemain muda negara harus mencontohi semangat dan keinnginan yang begitu tinggi ditunjukkan oleh DLCW.

TERBAIK



Saturday 11 March 2017

MS & MXD ke final - All England 2017

Hari yang hebat untuk kem badminton Malaysia apabila kami berjaya layak ke final  di dua acara dalam kejohanan All England kali ini.

Tahniah kepada kedua - dua jurulatih , Bock & Eei Hui kerana dapat merencanakan taktikal permainan yang begitu mantap ketika pemain kita bukan pada kondisi fizikal yg terbaik kerana baru pulih dari kecederaan . Pemain juga sudah menunjukkan semangat ingin menang yang sangat menakjupkan dan setidak tidaknya menutup ketidakpercayaan sesetengah pihak sebelum pertandingan ini.

Ayo seluruh rakyat Malaysia , kita tunggu dan support habis habisan kepada pemain negara kita malam ini... 💪😊

Thursday 16 February 2017

Malaysia vs China

Draw Q-Finals Asia mx team championship dah keluar semalam ...  team negara kita akan bertemu kuasa besar China .

Satu tugas yg berat tetapi tidak mustahil ...

Ayuh team Malaysia ...

Wednesday 11 January 2017

Terima Kasih Astro

Tahniah kepada astro dan BAM kerana usahasama ini. Sudah pasti ia dapat menyemarakkan lagi sukan badminton di Malaysia .

Rancangan & live telecast untuk badminton pasti banyak selepas ini. Peluang untuk peminat badminton Malaysia lebih kenal erti kehidupan pahit getir  seorang atlet .

Syabas ...

Saturday 31 December 2016

Terima Kasih Sports Affairs

Semalam hari terakhor aku di Sports Affairs badminton Academy . Hampir 2 tahun aku berkhidmat disana.

Kami bermula dari 2 tahun lepas dari kosong . Tiada player dan yang ada cuma vision dan angan angan yang belum ketahui akan berjaya. Sebagai sebuah kelab yang baru sudah pasti banyak rintangan yang kami terpaksa lalui.

Permainan badminton memang merupakan satu sukan yang agak mahal . Untuk menyediakan prasarana latihan pun sudah memerlukan dana yang banyak .Dengan vision kami untuk membantu bakat bakat muda yang kebanyakannya terdiri dari mereka yang agak susah , kami membuat pemilihan dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 23 tahun kebawah . Maka terpilih lebih kurang 15 orang pemain badminton yang sebenarnya bukanlaaa dikalangan pemain yang ternama atau mempunyai keputusan yang baik sebelumnya .

Pemain diberikan latihan , tempat tinggal & wang saku untuk perbelanjaaan harian . Kalau ditanya , adakah cukup bantuan yang diberikan , jawapan aku ... kalau nak dibandingkan dengan BAM .. memang macam langit dan bumi , tetapi bantuan yang diberikan oleh kelab amatlaa sesuai dengan standard & keadaan untuk satu kelab yang baru . Pemain yang dipilih harus bersyukur dengan layanan yang diberikan oleh kelab.

Kami pun bermula dengan menyediakan program latihan yg diaturkan oleh jurulatih . Dengan kemudahan yang terhad , memang satu cabaran buat aku sebagai jurulatih . Kreativiti harus berada ditahap maksimum. Tidak seperti di BAM yang ada semuanya..

Dengan tiadanya bantuan dari sesipa , kami bergerak dan terus menumpukan pada latihan dan ternyata ia membuahkan sedikit hasil . Sirkit  pertama kejohanan peringkat kebangsaan , pemain kami berjaya merangkul 2 gelaran juara bawah 21 tahun . Sememangnya gelaran itu bukanlaaa yang besar tetapi memandangkan pemain yang dipilih sebelum bukanlaaa dikalangan pemain remaja terbaik negara , ia satu pencapaian yang baik kepada seluruh ahli kelab Sports Affairs.

Dalam masa lebih kurang 2 tahun ini , aku menyimpulkan perkara berikut

1. Untuk academy badminton baru yang menumpukan dalam sektor pembangunan , amat sukar untuk mencari penaja . Penaja lebih gemar menaja pasukan atau pemain yang sudah berada di kelompok teratas .

2. Untuk menyediakan latihan yang menyeluruh - elimen sports sains harh diterapkan . Kos untuk menyediakannya amatlaaa diluar kemampuan kelab. Setelah program latihan berjalan , masalah recovery , injury , nutrition dan video anylisis tidak dapat disediakan . Kami tidak dibenarkan untuk menggunakan kepakaran ISN kerana polisi yang ditetapkan oleh badan itu. Aku paham kenapa ISN berbuat demikian , mereka juga kekurangan staff untuk melayani kehendak kelab kecil seperti kami . Kalau nak layan , tak terjaga rasanya.

3. Untuk sebuah kelab yang baru, untuk menukar mentaliti staff kearah sebuah badan sukan yang cekap bukanlaaa mudah . Dalam dunia badminton negara , banyak peraturan yang harus ditangani . Badminton di Malaysia belum lagi ditahap profesional , kami mesti mengikuti cara tatakerja persatuan negeri dan negara . Kadangkala ada perkara yang mudah tetapi susah dilaksanakan . Aku juga tiada jawapan dalam hal ini.

PENGALAMAN

Sunguh menyeronokkan dan mematangkan aku sebagai seorang jurulatih. Kalau dulu , skop pemikiran aku hanya tertumpu kepada latihan sahaja . Segala bantuan akan tiba jika ada terlintas program baru yang hendak dijalankan . Kreativiti aku luas dan x terbatas semasa di BAM . Disini tidak berlaku seperti itu , segala program yang difikirkan harus disertakan dengan permasalahan yang akan mendatang . Sebagai contoh , diawal program latihan , kami tidak mempunyai peralatan gym lagi , kami terpakasa menggunakan tin tin air yang masih dibungkus  untuk dijadikan peralatan gym kami . Kelakar , tetapi itulaa yang terpaksa kami lalui , yang pasti latihan harus diteruskan.

Aku belajar soal management , banyak peraturan yang baru aku ketahui kewujutannya dalam menguruskan kelab badminton di Malaysia ... patutlaaa x banyak kelab yang muncul .

Menguruskan pemain baru dan tidak mempunyai mentaliti seorang juara amatlaaa memenatkan tetapi itu yang harus ditukar . Masalah disiplin pemain menjadi masalah rutin bagi kami .

KEBAIKAN

Sudah pasti kesusahan yang seterusnya menjadi pengalaman yang sangat berharga untuk aku . Banyak benda baru yang aku pelajari sepanjang tempoh ini . Pengalaman ini sudah pasti akan mematangkan aku sebagai jurulatih.

Kepada Pemain

Nasihat aku , selalu ingat asal usul dan berdiri di bumi yang nyata . Bukan senang untuk menjadi pemain terbaik didunia . Jangan syok sendiri dan sentiasa aim tinggi .

# Akhir kata , aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak.pengurusan kelab sports affairs yang telah menjaga aku selama ini. Harus diingat Sports Affairs adalah kelab yabg masih lagi bertahan walaupun segala cabaran yang menimpa .

Terima Kasih

Sunday 18 December 2016