Showing posts with label malaysia badminton. Show all posts
Showing posts with label malaysia badminton. Show all posts

Saturday, 11 March 2017

MS & MXD ke final - All England 2017

Hari yang hebat untuk kem badminton Malaysia apabila kami berjaya layak ke final  di dua acara dalam kejohanan All England kali ini.

Tahniah kepada kedua - dua jurulatih , Bock & Eei Hui kerana dapat merencanakan taktikal permainan yang begitu mantap ketika pemain kita bukan pada kondisi fizikal yg terbaik kerana baru pulih dari kecederaan . Pemain juga sudah menunjukkan semangat ingin menang yang sangat menakjupkan dan setidak tidaknya menutup ketidakpercayaan sesetengah pihak sebelum pertandingan ini.

Ayo seluruh rakyat Malaysia , kita tunggu dan support habis habisan kepada pemain negara kita malam ini... 💪😊

Thursday, 16 February 2017

Malaysia vs China

Draw Q-Finals Asia mx team championship dah keluar semalam ...  team negara kita akan bertemu kuasa besar China .

Satu tugas yg berat tetapi tidak mustahil ...

Ayuh team Malaysia ...

Wednesday, 11 January 2017

Terima Kasih Astro

Tahniah kepada astro dan BAM kerana usahasama ini. Sudah pasti ia dapat menyemarakkan lagi sukan badminton di Malaysia .

Rancangan & live telecast untuk badminton pasti banyak selepas ini. Peluang untuk peminat badminton Malaysia lebih kenal erti kehidupan pahit getir  seorang atlet .

Syabas ...

Saturday, 31 December 2016

Terima Kasih Sports Affairs

Semalam hari terakhor aku di Sports Affairs badminton Academy . Hampir 2 tahun aku berkhidmat disana.

Kami bermula dari 2 tahun lepas dari kosong . Tiada player dan yang ada cuma vision dan angan angan yang belum ketahui akan berjaya. Sebagai sebuah kelab yang baru sudah pasti banyak rintangan yang kami terpaksa lalui.

Permainan badminton memang merupakan satu sukan yang agak mahal . Untuk menyediakan prasarana latihan pun sudah memerlukan dana yang banyak .Dengan vision kami untuk membantu bakat bakat muda yang kebanyakannya terdiri dari mereka yang agak susah , kami membuat pemilihan dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 23 tahun kebawah . Maka terpilih lebih kurang 15 orang pemain badminton yang sebenarnya bukanlaaa dikalangan pemain yang ternama atau mempunyai keputusan yang baik sebelumnya .

Pemain diberikan latihan , tempat tinggal & wang saku untuk perbelanjaaan harian . Kalau ditanya , adakah cukup bantuan yang diberikan , jawapan aku ... kalau nak dibandingkan dengan BAM .. memang macam langit dan bumi , tetapi bantuan yang diberikan oleh kelab amatlaa sesuai dengan standard & keadaan untuk satu kelab yang baru . Pemain yang dipilih harus bersyukur dengan layanan yang diberikan oleh kelab.

Kami pun bermula dengan menyediakan program latihan yg diaturkan oleh jurulatih . Dengan kemudahan yang terhad , memang satu cabaran buat aku sebagai jurulatih . Kreativiti harus berada ditahap maksimum. Tidak seperti di BAM yang ada semuanya..

Dengan tiadanya bantuan dari sesipa , kami bergerak dan terus menumpukan pada latihan dan ternyata ia membuahkan sedikit hasil . Sirkit  pertama kejohanan peringkat kebangsaan , pemain kami berjaya merangkul 2 gelaran juara bawah 21 tahun . Sememangnya gelaran itu bukanlaaa yang besar tetapi memandangkan pemain yang dipilih sebelum bukanlaaa dikalangan pemain remaja terbaik negara , ia satu pencapaian yang baik kepada seluruh ahli kelab Sports Affairs.

Dalam masa lebih kurang 2 tahun ini , aku menyimpulkan perkara berikut

1. Untuk academy badminton baru yang menumpukan dalam sektor pembangunan , amat sukar untuk mencari penaja . Penaja lebih gemar menaja pasukan atau pemain yang sudah berada di kelompok teratas .

2. Untuk menyediakan latihan yang menyeluruh - elimen sports sains harh diterapkan . Kos untuk menyediakannya amatlaaa diluar kemampuan kelab. Setelah program latihan berjalan , masalah recovery , injury , nutrition dan video anylisis tidak dapat disediakan . Kami tidak dibenarkan untuk menggunakan kepakaran ISN kerana polisi yang ditetapkan oleh badan itu. Aku paham kenapa ISN berbuat demikian , mereka juga kekurangan staff untuk melayani kehendak kelab kecil seperti kami . Kalau nak layan , tak terjaga rasanya.

3. Untuk sebuah kelab yang baru, untuk menukar mentaliti staff kearah sebuah badan sukan yang cekap bukanlaaa mudah . Dalam dunia badminton negara , banyak peraturan yang harus ditangani . Badminton di Malaysia belum lagi ditahap profesional , kami mesti mengikuti cara tatakerja persatuan negeri dan negara . Kadangkala ada perkara yang mudah tetapi susah dilaksanakan . Aku juga tiada jawapan dalam hal ini.

PENGALAMAN

Sunguh menyeronokkan dan mematangkan aku sebagai seorang jurulatih. Kalau dulu , skop pemikiran aku hanya tertumpu kepada latihan sahaja . Segala bantuan akan tiba jika ada terlintas program baru yang hendak dijalankan . Kreativiti aku luas dan x terbatas semasa di BAM . Disini tidak berlaku seperti itu , segala program yang difikirkan harus disertakan dengan permasalahan yang akan mendatang . Sebagai contoh , diawal program latihan , kami tidak mempunyai peralatan gym lagi , kami terpakasa menggunakan tin tin air yang masih dibungkus  untuk dijadikan peralatan gym kami . Kelakar , tetapi itulaa yang terpaksa kami lalui , yang pasti latihan harus diteruskan.

Aku belajar soal management , banyak peraturan yang baru aku ketahui kewujutannya dalam menguruskan kelab badminton di Malaysia ... patutlaaa x banyak kelab yang muncul .

Menguruskan pemain baru dan tidak mempunyai mentaliti seorang juara amatlaaa memenatkan tetapi itu yang harus ditukar . Masalah disiplin pemain menjadi masalah rutin bagi kami .

KEBAIKAN

Sudah pasti kesusahan yang seterusnya menjadi pengalaman yang sangat berharga untuk aku . Banyak benda baru yang aku pelajari sepanjang tempoh ini . Pengalaman ini sudah pasti akan mematangkan aku sebagai jurulatih.

Kepada Pemain

Nasihat aku , selalu ingat asal usul dan berdiri di bumi yang nyata . Bukan senang untuk menjadi pemain terbaik didunia . Jangan syok sendiri dan sentiasa aim tinggi .

# Akhir kata , aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak.pengurusan kelab sports affairs yang telah menjaga aku selama ini. Harus diingat Sports Affairs adalah kelab yabg masih lagi bertahan walaupun segala cabaran yang menimpa .

Terima Kasih

Sunday, 18 December 2016

Saturday, 3 December 2016

Selamat pengantin baru - TAN BOON HEONG

Welcome to the group 😀..

Tahniah Tan , semoga perkahwinan ini kekal ke akhir hayat .

#superb & talented player  yg aku pernah coach ....

Friday, 2 December 2016

PASANGAN BERGU CAMPURAN KEDUA NEGARA TEWAS


Pasangan muda negara , Lai Pei Jing / Tan Kian Meng gagal layak ke perlawanan akhir di kejohanan terbuka Macau  apabila tewas kepada pasangan muda meningkat naik dari Hongkong dalam pertarungan 2 game. Mereka tewas 15-21 & 28-30.


India & Welsh IC - semi final

Ini adalah platform kejohanan yang sesuai untuk  pemain muda negara menunjukkan kemampuan mereka .

DUA PASANGAN WANITA NEGARA HAMPIRI KEJUARAAN


Keputusan yang terbaik setakat ini , peluang untuk dua pasangan melangkah ke perlawanan akhir cerah. Malaysia BOLEHHHH....

Wednesday, 16 November 2016

Jadual China Open hari ini

Team negara kita menaruhkan harapan kepada Iskandar , Peng Soon/ Liu Ying & Khe Wei/ Vivian untuk mara ke peringkat suku akhir hari ini.

Masing masing mempunyai laluan yang sukar dan diharap semua pemain negara berjsya melepasi halangan ini.

Good luck kepada mereka....

Sunday, 13 November 2016

Tiga kejuaraan milik Malaysia

Tahniah diucapkan kepada pemenang pemenang di Malaysia Satellite 2016 yang berakhir sebentar tadi .

Paling menarik pasangan mx double terbaru kita , shevon / Goh Soon Huat berjaya menjadi juara walaupun baru saja digandingkan . Nampaknya pencapaian keseluruhan acara mx double tahun ini sunguh memberangsangkan.

Tahniah kepada kesemua jurulatih & ISN staff atas kesabaran dan ketabahan anda ...

Sunday, 6 November 2016

Semarang IC - 2 Juara buat Malaysia

Tahniah kepada semua pemenang. Walaupun ini hanyalaa tournament peringkat rendah... kejayaan pemain muda negara diharap dapat memberi impak yang besar kepada mereka untuk belajar dan train dengan lebih gigih lagi ...

Terbaikkkk...

Saturday, 5 November 2016

Congrats Malaysia - kalahkan Thailand 3-1

Malaysia world junior team akan bertemu China pada perlawanan akhir hari ini.

Harap adik adik kita dapat buat kejutan lagi ... ayohhh.. kita tumbangkan tembok cina ....

Friday, 4 November 2016

World junior team event - Malaysia tewaskan Indonesia

Congrats to our badminton junior team . Sudah lama team kita tidak masuk semifinal ... beberapa tahun ni hanya selalu ditempat 5 & 6 saja.

Yang menarik team Malaysia kali ini adalah gabungan pemain SSBJ dan club digabungkan dalam satu pasukan . Keterbukaan BAM ini harus dipuji dan diteruskan.

Good luck next game . 💪💪

Sunday, 4 September 2016

Juara terbuka Brazil

Tahniah Zulfadli .... akhirnya dapat menjuarai satu kejohanan antarabangsa... maybe orang akan kata terlambat.... tapi better ada dari xda..... harap ada lagi kejuaraan yang dapat anda kecapi selepas ini...

#  sudah masanya zulfadli masuk BAM ... munkin peningkatan akan lebih baik lagi.... support sistem dalam BAM adalah sangat sesuai untuk elit player macam anda...

Tahniah sekali lagi .....

Friday, 19 August 2016

Terima Kasih

Rasanya kebanyakan kita x cukup tido hari ni. Semua tengok game penentuan Gold semalam. Cukup mendebarkan .

Pada awalnya aku rasa memang pasangan kita boleh menang dengan pernainan yang menarik. Cukup teratur. Game kedua ada sedikit hilang keyakinan.

Game ketiga laaa yang banyak membuatkan semua orang jadi x tentu arah. Mata saling berkejaran. Both pair cuba merapatkan jurang mata . Sama kuat . Pada suatu ketika kita sudah mendahului dan hanya satu mata saja lagi untuk dapat Emas. Sayang bukan hak kita.

Lepas game aku semua orang ada rasa kecewa tetapi bukan sebab mereka kalah tetapi sebab sikit lagi nak dapat emas tu. Performance ok pada aku. Ada juga beberapa pengkritik sukan alam maya kata mental x kuat sebab tu kalah.. jawapan aku ... cuba kau main tengok... jangan kata satu Malaysia tengok... cuma bagi orang kawasan perumahan kau jer tengok , aku rasa kau dah gabra...

Pada keseluruhan rakyat Malaysia , anda semua memang terbaik . Tetap sokong walaupun tewas . Satu Malaysia..

Sunday, 14 August 2016

RIO olympic Q-Final draw

Ernmmmm....

Aku rasa pair ni laaaa yg kita xnak jumpa. Rekod pertemuan pun tak memihak kepada pasangan kita. Inilaaa terjadi jika undian dibuat berdasarkan cabutan undi .

Tetapi aku ada keyakinan pasangan utama negara kita ni mampu membuat kejutan berdasarkan persembahan LYD / YYS yang pada aku agak menurun dalam edisi olympics kali ini. Nampak tekanan terutama LYD yg tidak bermain seperti biasa.

Aku rasa pasangan kita harus prepair untuk bermain dalam rally rally yg panjang tetapi dalam pace yang tinggi. Kesilapan mudah harus dikurangkan terutama TWK . Ambil peluang mengambil mata sebanyak munkin dalam permainan servis & receiving. Kuatan mental sudah pasti harus kental dan mantap .

Caiyokkkk...

Saturday, 13 August 2016

RIO OLYMPICS -MIX DB DRAW Q-FINAL

Aku rasa pasangan negara kita mempunyai draw yang paling baik dalam semua pair yang ada .

Kesemua pasangan yang sangat jarang mereka tewaskan berada di draw bahagian atas . Ditambah pula , berjumpa dengan pasangan dari Poland di peringkat suku akhir ... idaman semua pasangan yang ada . Walaupun bukannya mudah tetapi adalah lebih baik dari berjumpa dengan pasangan negara lain.

Kalau mereka berjaya atasi padangan Poland ni , posibility akan berjumpa samaada pasangan utama Korea atau pasangan kedua China yang pada pandangan aku , sentiasa menunjukkan permainan tidak konsisten sepanjang tahun ini. Aku yakin kejutan boleh kita lakukan disini.

Secara keseluruhan , dengan berkedudukan kedua dalam peringkat kumpulan dan mendapat undian sebagus ini... pasangan negara kita mempunyai peluang yang teramat baik untuk membawa pulang sebarang  pingat.

Good luck Peng Soon & Liu Ying .