Showing posts with label china badminton team. Show all posts
Showing posts with label china badminton team. Show all posts

Saturday, 11 March 2017

MS & MXD ke final - All England 2017

Hari yang hebat untuk kem badminton Malaysia apabila kami berjaya layak ke final  di dua acara dalam kejohanan All England kali ini.

Tahniah kepada kedua - dua jurulatih , Bock & Eei Hui kerana dapat merencanakan taktikal permainan yang begitu mantap ketika pemain kita bukan pada kondisi fizikal yg terbaik kerana baru pulih dari kecederaan . Pemain juga sudah menunjukkan semangat ingin menang yang sangat menakjupkan dan setidak tidaknya menutup ketidakpercayaan sesetengah pihak sebelum pertandingan ini.

Ayo seluruh rakyat Malaysia , kita tunggu dan support habis habisan kepada pemain negara kita malam ini... 💪😊

Thursday, 16 February 2017

Malaysia vs China

Draw Q-Finals Asia mx team championship dah keluar semalam ...  team negara kita akan bertemu kuasa besar China .

Satu tugas yg berat tetapi tidak mustahil ...

Ayuh team Malaysia ...

Friday, 2 December 2016

PASANGAN BERGU CAMPURAN KEDUA NEGARA TEWAS


Pasangan muda negara , Lai Pei Jing / Tan Kian Meng gagal layak ke perlawanan akhir di kejohanan terbuka Macau  apabila tewas kepada pasangan muda meningkat naik dari Hongkong dalam pertarungan 2 game. Mereka tewas 15-21 & 28-30.


Tuesday, 12 July 2016

Sunday, 10 July 2016

ASIAN JUNIOR - MALAYSIA TEWAS 1-4 KEPADA INDONESIA


Malaysia junior team akan bertemu China di pusingan suku akhir setelah tewas kepada Indonesia dalam peringkat kumpulan. Satu laluan yang sangat sukar tetapi tidak mustahil untuk membuat kejutan.



Dutch Junior Open champion Lee Zii Jia beat Chico Aura Dwi Wardoyo 21-10, 21-19 .

Saturday, 9 July 2016

CHONG WEI MAMPU RAIH EMAS

SUMBER BERITA DARI HARIAN METRO
 
Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan sedar anak buahnya, Datuk Lee Chong Wei memiliki perwatakan pemain yang mampu meraih pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016.
Menurut jurulatih kelahiran Indonesia itu, perwatakan Chong Wei untuk meraih emas dapat dilihat dengan pemain nombor satu dunia itu mempunyai tekad membara untuk mengharungi Olimpik bulan depan.
“Seperti saya cakap sebelum ini, dia sekarang berbeza dari segi kematangan dan pemikiran. Dia kini semakin hebat,” kata Hendrawan.
Jelasnya, hampir semua kejohanan Chong Wei berjaya merangkul gelaran dan dari segi kematangan, pemenang perak Sukan Olimpik 2008 (Beijing) dan 2012 (London) itu dijangka mampu mengawal situasi dalam penampilan keempat temasya itu, bulan depan.
“Dari segi usia dan fizikal, memang tidak sama dulu, tapi kelebihannya sekarang kematangan dan cara pemikiran dalam menghadapi perlawanan,” kata Hendrawan yang muncul juara dunia 2001 di Seville.
Gandingan antara Chong Wei dan Hendrawan sambil dibantu seorang lagi jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock berjaya membentuk gandingan mantap sehingga membolehkan pemain berusia 33 tahun itu merampas semula gelaran nombor satu dunia.
Hendrawan banyak memainkan peranan meningkatkan semula semangat Chong Wei yang sebelum ini gagal ujian doping sehingga menyaksikan dia digantung lapan bulan dan tergelincir ke ranking 180 dunia.
Kini Chong Wei sudah bersedia untuk membawa cabaran negara ke Olimpik Rio, walaupun musuh tradisi, Lin Dan dijangka menjadi penghalang paling sukar buatnya bagi merealisasikan impian meraih emas sulung negara.
Dia juga dilantik Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi temasya itu nanti.
Skuad badminton negara yang diketuai Chong Wei turut dibarisi Tee Jing Yi (perseorangan wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Vivian Hoo-Woon Khe Wei (beregu wanita) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang akan bertolak ke Brazil hujung bulan ini.


My view

Setuju dengan pandangan Hendrawan, memang taruhan utama negara untuk raih emas di RIO masih lagi beliau. Aku cuma harap tiada last minit injury terjadi kat Dato. Masa sekarang ni memang kritikal sangat dan pemain memerlukan perhatian yang lebih.

Untuk acara lain , secara peribadi aku merasakan masih ada peluang untuk Malaysia meraih sebarang pingat tetapi ia mestilah berpandukan draw perlawanan nanti. Aku mengharap sangat our WD pair boleh membuat kejutan.



Wednesday, 6 July 2016

Hari Raya 2016

Selamat Hari Raya semua. Hari ni kami raya disekitar lembah kelang sahaja. Esok akan balik ke Selama pulak.

Masa ni baru kita boleh berjumpa dengan seluruh ahli keluarga . Banyak jugalaaa yg aku.tak kenal.... 😀😀