Showing posts with label mortenfrost. Show all posts
Showing posts with label mortenfrost. Show all posts

Friday, 2 December 2016

PASANGAN BERGU CAMPURAN KEDUA NEGARA TEWAS


Pasangan muda negara , Lai Pei Jing / Tan Kian Meng gagal layak ke perlawanan akhir di kejohanan terbuka Macau  apabila tewas kepada pasangan muda meningkat naik dari Hongkong dalam pertarungan 2 game. Mereka tewas 15-21 & 28-30.


DUA PASANGAN WANITA NEGARA HAMPIRI KEJUARAAN


Keputusan yang terbaik setakat ini , peluang untuk dua pasangan melangkah ke perlawanan akhir cerah. Malaysia BOLEHHHH....

Friday, 15 July 2016

BADMINTON PANTAI






Kuala Lumpur: Badminton’s governing body said on Thursday (July 14) that it is considering staging beach events and also a push into e-gaming as it seeks to expand the sport’s appeal to a new generation.
“Badminton must be a part of these worlds in which there is huge potential for our sport to succeed,” the Badminton World Federation said in a statement after a meeting in Kunshan, China.
The federation will study possible venues for outdoor tournaments, and particularly beach events, following a route already successfully taken by sports like volleyball and football.


MY VIEW

Why not.... just try dulu then tengok camner... ada sambutan x..... tapi aku masih keliru kalau nak main kat beach .. nak control angin camner...


Tuesday, 12 July 2016

RIO - NO COACH FOR WOMEN DB

SUMBER = HARIAN METRO

Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jumlah akreditasi yang amat terhad dikeluarkan oleh Jawantakuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyaksikan jurulatih beregu wanita negara Wong Pei Tty antara ‘mangsa’ situasi itu apabila tidak dapat menyertai skuad negara ke Sukan Olimpik Rio.
Situasi itu sekali gus menyaksikan Pei Tty tidak akan dapat menemani anak buahnya Vivian Hoo-Woon Khe Wei (gambar) pada temasya sukan terbesar dunia itu, sebaliknya tugas untuk membimbing beregu wanita negara itu akan digalas oleh Chin Eei Hui yang juga jurulatih beregu campuran negara.
Meskipun berasa sedikit kecewa, Pei Tty berharap Vivian-Khe Wei dapat mempamerkan aksi terbaik pada penampilan pertama mereka di Sukan Olimpik di bawah bimbingan Eei Hui.
“Kami tidak boleh melakukan apa-apa. Hanya yang saya harapkan ialah Vivian-Khe Wei dapat berdikari dan memberi kerjasama yang baik dengan Eei Hui.
“Saya sudah pun mengadakan perbincangan dengan Eei Hui mengenai program latihan Vivian-Khe Wei yang perlu diteruskan di sana.
“Apapun, Vivian-Khe Wei juga masih boleh menghantar mesej kepada saya jika mahu mendapatkan nasihat saya.
“Sudah tentulah saya juga berasa sedikit kecewa, tapi ini adalah keputusan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Jadi saya perlu terima,” katanya.
Selain Eei Hui, tiga lagi jurulatih yang akan bertugas di Rio adalah Hendrawan dan Tey Seu Bock (perseorangan) serta Jeremy Gan (beregu).

MY VIEW

Dah dijangka keputusan ini akan dibuat....

Tapi percaya our WD are strong and boleh buat kejutan di RIO nanti..


Monday, 4 July 2016

Thanks Mr Morten

Pagi tadi jumpa Morten kat BAM to discuss beberapa perkara. Dah buat temujanji last week & kami dapat jumpa seperti yg dijanjikan.

Perkara pokok ambil masa 5 minit saja , yang lain kami borak kosong saja sambil tukar tukar fikiran pasal badminton negara.

Aku pernah jadi anak murid dia dulu , kedatangan beliau untuk kali kedua sudah banyak merubah keaadaan , aku pasti sekarang dia menjadi lebih matang menilai keadaan atau suasana sukan di Malaysia.

Thanks Morten