Kuala Lumpur: Jumlah akreditasi yang amat terhad dikeluarkan oleh Jawantakuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyaksikan jurulatih beregu wanita negara Wong Pei Tty antara ‘mangsa’ situasi itu apabila tidak dapat menyertai skuad negara ke Sukan Olimpik Rio.
Situasi itu sekali gus menyaksikan Pei Tty tidak akan dapat menemani anak buahnya Vivian Hoo-Woon Khe Wei (gambar) pada temasya sukan terbesar dunia itu, sebaliknya tugas untuk membimbing beregu wanita negara itu akan digalas oleh Chin Eei Hui yang juga jurulatih beregu campuran negara.
Meskipun berasa sedikit kecewa, Pei Tty berharap Vivian-Khe Wei dapat mempamerkan aksi terbaik pada penampilan pertama mereka di Sukan Olimpik di bawah bimbingan Eei Hui.
“Kami tidak boleh melakukan apa-apa. Hanya yang saya harapkan ialah Vivian-Khe Wei dapat berdikari dan memberi kerjasama yang baik dengan Eei Hui.
“Saya sudah pun mengadakan perbincangan dengan Eei Hui mengenai program latihan Vivian-Khe Wei yang perlu diteruskan di sana.
“Apapun, Vivian-Khe Wei juga masih boleh menghantar mesej kepada saya jika mahu mendapatkan nasihat saya.
“Sudah tentulah saya juga berasa sedikit kecewa, tapi ini adalah keputusan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Jadi saya perlu terima,” katanya.
Selain Eei Hui, tiga lagi jurulatih yang akan bertugas di Rio adalah Hendrawan dan Tey Seu Bock (perseorangan) serta Jeremy Gan (beregu).
MY VIEW
Dah dijangka keputusan ini akan dibuat....
Tapi percaya our WD are strong and boleh buat kejutan di RIO nanti..
No comments:
Post a Comment