Thursday, 7 July 2016

Selamat Hari Lahir Rashid Sidek

Selamat Hari Jadi bro...

Sejarah aku dengan dia ni agak funny... boleh dibahagi kepada 4 fasa..

Fasa pertama

Semasa aku masih kecil dan masih main badminton level state jer... keluarga mereka adalah idolaku.. dapat tengok.kat tv jer... dan selalu terfikir macammana nak kenal dengan diaorang ni...

Fasa Kedua

Semasa diserapkan ke pasukan remaja kebangsaan dan aku memulai kehidupan di kuala Lumpur . Mula kenal erti kesusahan berada dalam kem kebangsaan kerana semua orang mempunyai cita cita yg sama . Still lagi aku tak pernah cakap ngan mamat ni 😀... coz dia x pernah tegur dan buat tak tau jer ngan kami pemain junior ni 😑😑.. seingat aku yang selalu tegur aku pon adalah Jalani Sidek jer sebab dia ni memang suka kacau dan buli orang ... kira taiko laaa ka kem badmimton ni... dia selalu panggil aku ' POLIS ' sebab bapak aku kerja tu.

Nak dijadikan cerita aku dipindahkan bilik betul betul berhadapan dengan bilik Rashid . Munkin ni la peluang aku bercakap dengan dia kot. Aku duduk kat bilik tu lebih kurang 2 tahun dan aku berjaya cakap ngan dia 2 kali dengan lebih kurang 10 perkataan😀😀..
* bang , boleh bagi kasut tak , kasut dah takda ( coz aku nampak kasut berlambak kat bilik dia ) .. dengan selamba dia jawab ... ambik laaa kasut mana mana... saiz pun memang sama. Full stop. 😑
* masa tu bapak aku tinggal bangsar , dekat ngan rumah Jalani, ada sekali tu aku tumpang dia balik rumah coz dekat ngan rumah dia masa tu, Jalani pon offer tumpangkan aku lagi esoknya untuk balik ke kem semula. Aku pon tunggu pagi tu , dan yang sampai Rashid Sidek laaa pulak... dia kata ngan aku Jalani suruh ambikkan. 😉😉.. dalam keta kami bercakap 6 patah perkataan 😀😀😀...

Itu ajerlaaa percakapan aku ngan dia..

Fasa ketiga

Semasa menjadi Jurulatih .

Aku ditugaskan untuk pergi ke India untuk menjaga budak dan Rashid pun ditugaskan sama. Oleh kerana 2 jurulatih saja yang pergi., kami dah tentu kena tidur sebilik. Dalam tempoh seminggu ni laaaa... baru aku kenal mamat legend ni secara dekat. Barulaaa aku tau dia ni boleh bercakap jugak 😉😉.. ingatkan bisu 😀😉.

Fasa keempat hingga sekarang

Dia menjadi Boss aku selama hampir 4 tahun. Aku berada dalam team dia untuk menjaga team junior masa tu.. kami menjadi semakin rapat dengan bebanan dan pelbagai masalah pemain masa tu.. kami pun sudah mulai bekeluarga dan isteri dan anak anak kami semakin rapat .

Kami mengambil keputusan tidak menyambung kontrak kami dengan BAM dan bernaung dengan club SPORTS AFFAIRS . Kami menjadi semakin rapat malahan keluarga kami juga begitu. Plan Holiday kami selalunya sama. Anak anakku pon happy kalau nak Holiday atau pergi rumah dia.  Aku rasa kita dah macam family dah.

Ini laaa cerita aku ngan mamat legend ni. Memang siapa yang tak kenal dia, akan kata dia ni sombong atau manusia yang susah nak bercakap. Sebenarnya tidak, dia ok 😀😀.. kena caranyaa nak bercakap dengan dia.

Banyak aku belajar dari dia tentang badminton. How dia boleh champion. Kesungguhan dan komitmen beliau sangat tinggi sewaktu menjadi pemain , susah pemain sekarang nak contohi. Thanks bro.

Selamat Hari Jadi , semoga persahabatan kita kekal sampai bila bila 😀.

No comments:

Post a Comment