Friday 11 October 2013

Liga malaysia diswastakan

Shah Alam: Adakah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) benar-benar serius menswastakan Liga Malaysia?

Itulah yang dipersoalkan kebanyakan peserta Bengkel Penswastaan Liga Malaysia yang berlangsung semalam terhadap cita-cita badan induk bola sepak negara itu yang menyuarakan hasrat untuk menswastakan Liga-M menjelang 2015.

Namun Naib Presiden FAM Datuk Afandi Hamzah tampil menyuarakan keyakinannya dan melihatnya sebagai cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan impian berkenaan terutamanya dalam tempoh yang hanya tinggal kira-kira 14 bulan saja.

“Kita harus memulakannya (penswastaan liga). Mungkin (pada 2015) kita tidak mampu memenuhi semua kriteria ditetapkan namun perkara penting ketika ini adalah prinsip asas iaitu penubuhan sebuah badan bebas bagi menguruskan liga berkenaan. Selepas (2015) itu FAM hanya memberikan penumpuan kepada aspek pembangunan dan liga lain.

SEKITAR Bengkel Penswastaan Liga Malaysia di UiTM Shah Alam.

“Menjelang Mac atau April tahun depan, kami akan mempunyai kertas kerja mengenai penswastaan berkenaan selepas banyak kali mengadakan perbincangan termasuk bersama Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)

Metro 11/10/2013

Aku rasa setiap perubahan itu pasti ada baik buruknya.. terpulang kepada pihak pengurusan untuk merencanakannya... yang penting nasib dan kebajikan pemain haruslaa dijaga . Takut pengurusan baru yang kononnya berciri swasta membuat visi dan cara sendiri tampa mengira pandangan dan keluhan pemain sehingga menyebabkan pemain merasa dihina dan tiada masa depan..

Pengalaman sukan lain kan sudah ada.....

No comments:

Post a Comment