Showing posts with label australia open 2013. Show all posts
Showing posts with label australia open 2013. Show all posts

Saturday, 6 April 2013

No Final 4 Malaysia team

Hari ni final ... tiada satu wakil pon masuk untuk team Malaysia. Semalam harapan utama kita Dato LCW tewas kat pemain muda China. Rasanya kita tak patut komen banyak tentang kekalahan DLCW.. dia dah banyak berjasa pada negara.. biasalaaa kalau dah sport ada pasang surutnya.. tidak sentiasa menang saja... so .. kalau ada komen yang negative dan menghentam beliau tu .. henti-hentikan laaa...percayalaaa ia tidak membantu pon...

Untuk aku pula, dua pair wanita aku tewas di peringkat suku akhir. Kwei dan vivian tewas ditangan pemain yang sunguh berpengalaman Vita Marissa .. mereka tidak bermain seperti yang dirancang dan terlalu terburu buru falam permainan defence.. ini membolehkan Vita mengawal depan dengan begitu baik sekali. Apa yang kami boleh belajar adalah quality stroke yang dimiliki oleh Vita amat tinggi dan kita harus mempertingkatkan latihan skill untuk sampai ke tahap itu. Apapun mereka telah mencuba dan harus kembali fokus untuk pertandingan New Zealand open minggu depan...

Bye

Sunday, 31 March 2013

Australia open 2013

First time aku jejak kaki kat Sydney tapi dah rasa macam kat Hongkong pulak... punya ramailaaa orang cina kat sini..

Sampai saja kami semua terus gi hotel yang perjalanan dia cuma 15 minit je.. real manager akan sampai esok sama dengan semua top top player dan top top coach... So aku ditugaskan untuk menjadi manager sementara .

Kami sampai hotel lebih kurang pukul 10 am.. boleh masuk bilik hanya pada pukul 2pm... so aku dan player gi makan dulu sementara menunggu bilik siap..kami pon berjalan mencari kedai dan sekarang baru aku tau.. kawasan yang kami duduk ni.. rupanya China Town... patutlaaa ramai orang cina....

Selepas makan .. aku balik ke hotel untuk menguruskan bilik dan menguruskan bill hotel... agak mahal jugak hotel ni ... dah laaa breakfast tak include. .. elaun BAM kasi rm 150... makan kat sini satu meal dalam linkungan rm50... parahhhhh.... player nampak macam mengeluh jeee... apa apa pon aku cakap kita tunggu real manager sampai esok.. tengok apa dia cakap ... dia ada kuasa untuk semuanyaaa... tungguuuuuuuuuuu

Dapat kunci ...player dan aku masuk bilik dan berehat sebentar kerana kami harus ke latihan pada pukul 5pm...jarak dari hotrl ke tempat latihan tak jauh.. cuma 15 minit berjalan.. dan kami telah menjalani latihan dengan baik semalam....

Habis latihan perut dah lapar balik .. aku ngan Fathil ( fisio ) terus cari kedai untuk makan... jalan punya jalan terjumpa satu kedai kebab muslim ... kitaorang pon masuk dan tengok menu... fuyoooo ada kebab kangaroo... tak pernah aku makan daging ni... apa lagi kitaorang pon mencuba laaa... rasanyaaa... boleh tahan laaaa....