Sunday, 31 March 2013

Australia open 2013

First time aku jejak kaki kat Sydney tapi dah rasa macam kat Hongkong pulak... punya ramailaaa orang cina kat sini..

Sampai saja kami semua terus gi hotel yang perjalanan dia cuma 15 minit je.. real manager akan sampai esok sama dengan semua top top player dan top top coach... So aku ditugaskan untuk menjadi manager sementara .

Kami sampai hotel lebih kurang pukul 10 am.. boleh masuk bilik hanya pada pukul 2pm... so aku dan player gi makan dulu sementara menunggu bilik siap..kami pon berjalan mencari kedai dan sekarang baru aku tau.. kawasan yang kami duduk ni.. rupanya China Town... patutlaaa ramai orang cina....

Selepas makan .. aku balik ke hotel untuk menguruskan bilik dan menguruskan bill hotel... agak mahal jugak hotel ni ... dah laaa breakfast tak include. .. elaun BAM kasi rm 150... makan kat sini satu meal dalam linkungan rm50... parahhhhh.... player nampak macam mengeluh jeee... apa apa pon aku cakap kita tunggu real manager sampai esok.. tengok apa dia cakap ... dia ada kuasa untuk semuanyaaa... tungguuuuuuuuuuu

Dapat kunci ...player dan aku masuk bilik dan berehat sebentar kerana kami harus ke latihan pada pukul 5pm...jarak dari hotrl ke tempat latihan tak jauh.. cuma 15 minit berjalan.. dan kami telah menjalani latihan dengan baik semalam....

Habis latihan perut dah lapar balik .. aku ngan Fathil ( fisio ) terus cari kedai untuk makan... jalan punya jalan terjumpa satu kedai kebab muslim ... kitaorang pon masuk dan tengok menu... fuyoooo ada kebab kangaroo... tak pernah aku makan daging ni... apa lagi kitaorang pon mencuba laaa... rasanyaaa... boleh tahan laaaa....

No comments:

Post a Comment