Friday, 22 March 2013

support Harimau Malaya

Fokus 100 peratus - Rajagobal


RAJAGOBAL (empat dari kiri) gigih merencanakan strategi dengan barisan penyerangnya menjelang pertemuan menentang Yemen malam ini.


ATAS kertas, peluang skuad Harimau Malaya untuk mengatasi Yemen pada aksi Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 memang nampak sukar.
Ia gara-gara prestasi yang tidak menentu dipamerkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu di pentas antarabangsa kebelakangan ini.
Meskipun menyedari hakikat tersebut, Rajagobal belum mahu menyerah awal.
Menurutnya, jika mahu meraih keputusan yang positif, pemainnya perlu mengekalkan konsentrasi sehingga ke minit terakhir permainan.
Skuad negara akan menentang Yemen dalam kempen Kelayakan Piala Asia di Stadium Shah Alam malam ini.
Rajagobal menjelaskan, pemain negara harus mengatasi ‘penyakit hilang fokus’ dalam permainan yang menjadi punca utama kepada dua kekalahan terakhir di pentas antarabangsa.
Pada aksi pertama kelayakan menentang Qatar awal bulan lalu, kesilapan yang dilakukan pemain tengah, K. Reuben telah membuka ruang kepada pemain lawan menjaringkan gol pada minit-minit terakhir yang menyaksikan mereka tewas 0-2.
Sindrom hilang konsentrasi itu berterusan Ahad lepas apabila gawang negara dibolosi dua gol di penghujung perlawanan ketika kalah 1-4 kepada Arab Saudi pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam.
“Saya akui pemain kita kerap hilang fokus terutamanya pada lewat perlawanan.
“Perkara ini sudah saya tegas berulang kali kepada pemain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Mereka perlu mengekalkan konsentrasi sehingga perlawanan berakhir, tidak boleh hilang tumpuan walaupun ketika menguasai permainan,” katanya pada sidang akhbar perlawanan Malaysia dan Yemen semalam.
Menentang pasukan pada ranking ke-170 dunia, Rajagobal tidak mempunyai pilihan lain selain meraih tiga mata untuk mencerahkan peluang dalam saingan Kumpulan D.
Skuad negara ketika ini menghuni tangga terbawah kumpulan manakala Yemen yang turut memburu tiga mata pertama, di tangga ketiga.
“Sudah tentu kami mahukan tiga mata. Kita akan guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk meraih keputusan yang baik,” tambah Rajagobal.
Rajagobal dijangka menyandarkan harapan kepada Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Amri Yahyah di bahagian serangan dan berkemungkinan menggandingkan Safiq Rahim serta K. Gurusamy untuk mengemudi jentera tengah.
Kehadiran semula Wan Zack Haikal Wan Noor yang pulih daripada kecederaan turut memberi lebih banyak pilihan kepada Rajagobal untuk mengisi posisi sayap kanan manakala posisi sayap kiri pula bakal digalas Ashari Samsudin


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2OLqn9gWI
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment