Saturday, 13 April 2013
Friday, 12 April 2013
We are in the final
Amin... kwei vivian menang tadi... dapat bals dendam kat pair yang sama mereka kalah kat Australia Open minggu lepas... mereka menang 3 game dan memang satu permainan yang sukar.
Esok final akan jumpa pair muda dari China.. yang aku anggap satu pair yang amat bahaya... cepat dalam pergerakan.. power yang baik dan defence yang baik ... kwei dan Vivian harus prepair untuk satu lagi perlawanan sukar.. dan jika mereka ingin menang mesti tenang dan ikut plan yang akan diberitahu nanti...
Wish us luck....
Monday, 8 April 2013
New Zealand open 2013
Kami semua baru tiba semalam disambut oleh Tuan Haji Ahmad Idris yang dilantik menjadi manager untuk kali ini. Sebenarnya manager lain katanya.. tetapi disebabkan manager berkenaan sibok dengan election nanti.. BAM telah menukarkan dengan Haji disaat akhir. Kami ok je.. tiafa masaalah..
Hari pertama kami x traning coz sampai check in hotel pon dah petang.. kami semua rest aje.. pagi ni dapat test court .. dan kami diberi 2 court untuk dikongsi seramai lebih kurang 20 org coz campur sekali ngan professional player. Kami diberi masa 1 jam setengah untuk test court.. memanglaaa x cukup.. tapi kena manage jugak laaaa... nak buat camne kan... petang kami semua buat latihan ringan di gym je...
Semua ok kat sini... bye...
Saturday, 6 April 2013
No Final 4 Malaysia team
Hari ni final ... tiada satu wakil pon masuk untuk team Malaysia. Semalam harapan utama kita Dato LCW tewas kat pemain muda China. Rasanya kita tak patut komen banyak tentang kekalahan DLCW.. dia dah banyak berjasa pada negara.. biasalaaa kalau dah sport ada pasang surutnya.. tidak sentiasa menang saja... so .. kalau ada komen yang negative dan menghentam beliau tu .. henti-hentikan laaa...percayalaaa ia tidak membantu pon...
Untuk aku pula, dua pair wanita aku tewas di peringkat suku akhir. Kwei dan vivian tewas ditangan pemain yang sunguh berpengalaman Vita Marissa .. mereka tidak bermain seperti yang dirancang dan terlalu terburu buru falam permainan defence.. ini membolehkan Vita mengawal depan dengan begitu baik sekali. Apa yang kami boleh belajar adalah quality stroke yang dimiliki oleh Vita amat tinggi dan kita harus mempertingkatkan latihan skill untuk sampai ke tahap itu. Apapun mereka telah mencuba dan harus kembali fokus untuk pertandingan New Zealand open minggu depan...
Bye
Wednesday, 3 April 2013
Mari mengundi
Tengahari tadi kitaorang semua dok sibok pasal berita pembubaran parlimen. Walaupun jauh kat negara orang , kemudahan internet tidak membataskan info info terkini kat Malaysia. Nampaknya semua orang excited kali ini nak tau siapa boleh menang...
Memang tak dinafikan , apabila masa terluang , bicara politik adalah perbualan yang paling menarik untuk dibincang.. ada yang pro kerajaan dan juga sebaliknya... itu yang menariknya... kita bebas untuk bercakap apa saja dan aku sikit pon tak rasa kita ni takut untuk memberikan pendapat kita.
Untuk aku, yang pasti aku akan mengundi untuk kali yang keempat dan peluang sebegini takkan aku lepaskan.. ini hak aku.. senang cita.. sukahati aku laaa nak pilih siapa..
Ramai juga orang yang suka bercakap politik tetapi tak daftar undi.. gua cakap sama dia .... u cakap berapi tapi mengundi pon tidak... bak kata Awie ..POYO semua tu...
Aku harap sangat bila keputusan dah keluar ..semua orang akan terima dengan hati yang terbuka.. macam main badminton juga.. kalau dah kalah ...kita terima... janganlaaa nak kata itu ini... gentle sikit laaa k...
Pengalaman aku pergi ke marata dunia telah buka mata aku ... bahawanya Malaysia adalah negara yang paling freedom gua rasa.. orang luar kalau datang Malaysia biasanya taknak keluar dah... punya laaa hebat negara kita ni... so bagi cakap cakap segelintir masyarakat yang kata Malaysia tak safe Laaa, xde freedom laaa... weiii .. kalau lu selalu keluar negara macam gua ni ( bukan nak berlagak) lu akan rasa ... bodohnya orang ni cakap.... macam xde pengetahuan...
Akhir kata gua .. bagi semua rakyat Malaysia yang ada hak mengundi... pikir secara ilmiah... jangan beremosi... gentle dan yang paling penting jaga keamanan kerana itu adalah tunjang kita selama ini....
UNDI ADALAH RAHSIA...

