Tengahari tadi kitaorang semua dok sibok pasal berita pembubaran parlimen. Walaupun jauh kat negara orang , kemudahan internet tidak membataskan info info terkini kat Malaysia. Nampaknya semua orang excited kali ini nak tau siapa boleh menang...
Memang tak dinafikan , apabila masa terluang , bicara politik adalah perbualan yang paling menarik untuk dibincang.. ada yang pro kerajaan dan juga sebaliknya... itu yang menariknya... kita bebas untuk bercakap apa saja dan aku sikit pon tak rasa kita ni takut untuk memberikan pendapat kita.
Untuk aku, yang pasti aku akan mengundi untuk kali yang keempat dan peluang sebegini takkan aku lepaskan.. ini hak aku.. senang cita.. sukahati aku laaa nak pilih siapa..
Ramai juga orang yang suka bercakap politik tetapi tak daftar undi.. gua cakap sama dia .... u cakap berapi tapi mengundi pon tidak... bak kata Awie ..POYO semua tu...
Aku harap sangat bila keputusan dah keluar ..semua orang akan terima dengan hati yang terbuka.. macam main badminton juga.. kalau dah kalah ...kita terima... janganlaaa nak kata itu ini... gentle sikit laaa k...
Pengalaman aku pergi ke marata dunia telah buka mata aku ... bahawanya Malaysia adalah negara yang paling freedom gua rasa.. orang luar kalau datang Malaysia biasanya taknak keluar dah... punya laaa hebat negara kita ni... so bagi cakap cakap segelintir masyarakat yang kata Malaysia tak safe Laaa, xde freedom laaa... weiii .. kalau lu selalu keluar negara macam gua ni ( bukan nak berlagak) lu akan rasa ... bodohnya orang ni cakap.... macam xde pengetahuan...
Akhir kata gua .. bagi semua rakyat Malaysia yang ada hak mengundi... pikir secara ilmiah... jangan beremosi... gentle dan yang paling penting jaga keamanan kerana itu adalah tunjang kita selama ini....
UNDI ADALAH RAHSIA...
No comments:
Post a Comment