Sunday, 14 April 2013

Terus pandang ke depan

Nampaknya  kita kena tunggu lagi title dari Kwei dan Vivian. Mereka tewas akhirnya ditangan pasangan muda dari China yang aku rasa akan mewarnai dan munkin boleh menguasai arena ladies double ni yang sememangnya dikuasai oleh mereka.

Berbalik kepada Kwei dan Vivian, mereka sudah bermain sebaik munkin dan aku rasa mereka telah melakukan segala kudrat dan keupayaan yang maksimum untuk memenangi perlawanan tadi. Aku sebagai coach mereka sedih apabila mereka tewas tetapi sangat bangga dengan cara mereka bermain dengan penuh semangat dan kesunguhan yang begitu tinggi.

Seperti yang kami ketahui, pasangan muda China ini memepunyai permainan yang konsisten dalam serangan dan pertahanan dan itulah yang berlaku. Pada game yang pertama , amatla sukar untuk pemain kita mematikan bola..rally berlaku panjang dengan purata kira kira 10 pukulan setiap rally. Ini tidak memberikan advantage kepada kita kerana Kwei dan Vivian semalam bermain tiga game dalam perlawanan semi final berbanding pasangan China yang menang mudah dengan rakan senegara mereka , tak salah aku score cuma 21-4, 21-4 . Aku percaya mereka sengaja mengatur perlawanan ini untuk memberikan tenaga yang mencukupi untuk pasangan mereka. Untuk rekod kelajuan shutle disini sangat slow.

Game kedua ada perubahan dari segi startegi dengan menukar rentak perlawanan untuk lebih banyak mengajak lawan bermain pukulan latar dan ternyata ia memberikan kesan yang positif .

Di game yang ketiga ketika kedudukan 6 - 8 , Kwei berpaling pada aku dan berkata bahawa beliau merasakan Achilles tendon beliau semacam hendak putus. Selepas inilah rentak permainan kita telah berubah.. apabila Kwei sudah tidak berani lagi untuk bergerak. Lawan terus mendapat mata sehingga 11 -6. Semasa tukar gelanggang , aku dapat rasakan kesakitan yang amat sangat di riak muka Kwei. Beliau meminta spray dari umpire dan apabila sudah disembur, aku berkata kepada beliau kalau still sakit jangan teruskan. Kwei kata kepada aku dia masih mahu cuba dulu. Ternyata semburan tadi dapat menahan sakit untuk 2 rally yang berikutnya tetapi ia kembali sakit dan Kwei sudah tidak boleh bergerak lagi. Aku memberikan isyarat kepada beliau untuk berhenti kerana aku sangat bimbang kecederaan itu nanti akan jadi lebih parah. Munkin kerana keinginan untuk menang terlalu tinggi, Vivian telah bermain seorang diri dan mengawal keseluruhan gelanggang dan kwei hanya duduk disatu bahagian depan sahaja. Pada masa ini aku sudah langsung tak memikirkan kemenangan lagi... fokus aku hanyalaa kepada kecederaan kaki Kwei. Dengan keadaan sebegini pun mereka berjaya lawan dan merapatkan mata demi mata sehingga tewas 19 -21 .

Selepas upacara penyampaian hadiah tamat, Kwei bergegas ke tempat fisioterapi kejohanan dan diperiksa oleh mereka. Sedikit kelegaan dihati aku bila mereka berkata tiada yang putus dan hanya muscle yang terlalu tight. Ini berlaku di kaki kanan beliau kerana seperti yang semua ketahui,  kecederaan ankle dahulu berlaku dikaki kiri. Ini munkin menyebabkan beliau banyak memberikan tekanan yang tinggi pada kaki kanan. Oleh sebab game berlangsung dalam tempoh yang lama , kekuatan kaki juga menjadi semakin lemah. Apapun itu adlah rumusan awal tentang keceraan beliau , balik nanti aku harus dapatkan kepastian lagi dari pakar di ISN.

Aku berharap sangat ini bukanlaa satu kecederaan yang serius. Mereka sudah kembali ke landasan sebenar. Progress mereka sangat positif setelah berehat lama semasa Kwei injury dulu. Aku hormat kesunguhan mereka melalui hari hari sukar dalam mengembalikan standard asal mereka. Walaupun belum sampai lagi aku percaya kita sedang menuju kesana. Nasihat aku kepada mereka .. nothing to be shame ... pandang kedepan.. terus berusaha.

Untuk aku pula , cabaran untuk aku sunguh tinggi terutama melihat pasangan pasangan muda dari China dan Korea sudah berada sama rata dengan kita..Mereka mempunyai talent yang sunguh baik.. dengan skill yang baik dan saiz badan yang serba lengkap. Bagi aku , aku tiada pilihan untuk  harus percaya pair yang aku ada sekarang ini mampu pergi jauh dan compete dengan mereka. Aku dan semua ladies team's harus teruskan usaha untuk mengurangkan jurang antara kami dan mereka. 


No comments:

Post a Comment