Tuesday, 24 September 2013

Chong Wei to Rashid, please stay with me

Chong Wei to Rashid, please stay with me

By FABIAN PETER
BROTHERS IN ARMS: Datuk Lee Chong Wei (left) has made it his mission to persuade Rashid Sidek to remain with the Badminton Association of Malaysia.

BROTHERS IN ARMS: Datuk Lee Chong Wei (left) has made it his mission to persuade Rashid Sidek to remain with the Badminton Association of Malaysia.

WORLD No.1 Datuk Lee Chong Wei, who returned from Japan this morning, is hoping to persuade former singles head coach Rashid Sidek, who resigned from the Badminton Association of Malaysia (BAM) last Thursday, to reconsider his decision.

Chong Wei, who retained his Japan Open Superseries crown after defeating Kenichi Tago 23-21, 21-17 on Sunday, will meet Rashid tomorrow.

“I know a lot has happened while I was away in Japan. I wasn’t distracted, just disappointed.

“I know Rashid has resigned after being with me for 10 years, but I also know that things are back to normal after BAM revamped their structure yesterday.

“I will try to persuade Rashid to reconsider his decision when I meet him tomorrow,” Chong Wei said.

Rashid shocked the badminton fraternity when he tendered his resignation last week, citing the previous Team A and B structure (designed by Talent Management Group director Tan Aik Mong) as the main reason.

BAM president Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff then alleged Rashid breached his contract by signing a one-year deal with Indian club Dehli Smashers in the Indian Badminton League (IBL).

Rashid denied the allegations, saying he coached them for two weeks.

An inquiry consisting four committee members with legal background, met up on Saturday to look into the matter, and have revealed some findings that will be passed to the council for deliberation.

Tengku Mahaleel, however, told the media yesterday, that if the council finds nothing wrong, then it shouldn’t be a problem for Rashid to return to the national squad.

Rashid has also expressed his intentions to reconsider his decision after meeting some of the coaches at the Juara Stadium in Bukit Kiara earlier today.

Chong Wei, who lost to Lin Dan in the final of the Badminton World Federation (BWF) World Championships last month, also played down rumours of him leaving BAM.

“I have not thought about that (leaving), I will do my best to stay with BAM and focus on my upcoming tournaments (Denmark Open Superseries Premier and French Open Superseries).

“I am the defending champion in Denmark, but I gave the French Open a miss last year due to my wedding. I am hoping to do well this time,” Chong Wei explained.

- See more at: http://www.sports247.my/2013/09/chong-wei-to-rashid-please-stay-with-me/#sthash.JHxKEHit.dpuf

Aik mong letak jawatan

Sumber dari Kosmo 25/9/2013

BELUM reda isu peletakan jawatan Rashid Sidek, arena badminton negara terus dikejutkan dengan berita keputusan Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Aik Mong menarik diri daripada jawatan yang disandangnya itu semalam.

Sebelum ini, bekas pemain perseorangan negara era 1960-an dan 1970-an yang dilantik pada 7 September lalu itu menawarkan diri untuk membantu BAM menaikkan lagi standard pemain-pemain badminton negara.

Begitupun, selepas melihat perubahan baharu yang dilakukan Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang menyusun kembali sistem kejurulatihan negara, Aik Mong mengundur diri kerana berasakan dirinya sudah tidak diperlukan.

Terdahulu, Aik Mong yang dibantu Penilai Bebas TMG, Razif Sidek melakukan perubahan struktur jurulatih dengan menubuhkan dua pasukan - Kumpulan A untuk pemain-pemain elit dan Kumpulan B bagi skuad pelapis.

Struktur barisan jurulatih juga dirombak apabila beberapa jurulatih skuad senior dan SSBJ disusun, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jurulatih sehingga menyaksikan jurulatih perseorangan, Rashid Sidek meletak jawatan Khamis lalu.

Tengku Mahaleel mengubah kembali struktur yang diperkenalkan Aik Mong tersebut apabila mewujudkan satu skuad negara sahaja dengan lima kumpulan mengikut kategori masing-masing.

“Aik Mong seorang yang ikhlas yang hadir secara sukarela untuk memberikan bantuan dan dia tidak menerima sebarang gaji tetapi selepas berasakan strategi baharu lebih baik dia telah meminta untuk undur diri.

“Sebenarnya idea itu pun hadir daripada dia dan pertemuan saya dengan media sebelum ini. Saya hanya mempertingkatkan lagi kerana mahu hasil yang lebih cepat.

“Dia beritahu saya pelan yang baharu ini sudah baik dan percaya ia boleh dijalankan dengan baik, sebab itu dia menarik diri tetapi dia telah beri banyak sumbangan dan pertolongan,” kata Tengku Mahaleel ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Tengku Mahaleel turut mengesahkan bahawa Rashid tidak melanggar kontrak dengan BAM kerana bekas jaguh negara itu menandatangani perjanjian selama dua minggu dengan kelab badminton India, Delhi Smasher sebagai penasihat pasukan.

“Dia menyertai kelab itu sebagai penasihat pasukan dan tidak memberikan latihan seperti jurulatih, jadi ia sudah jelas dan tidak melanggar kontrak.

“Kalau dia hendak menarik kembali keputusan (letak jawatan) kami akan terima tetapi saya juga perlu membawanya kepada Exco BAM.

“Kalau orang yang mempunyai kebolehan hendak tolong kita tidak boleh tolak tetapi dia juga mesti terima cabaran baharu kerana BAM sekarang sudah berbeza dan ada sasaran tertentu,” jelas Tengku Mahaleel.



Hakcipta terpelihara 

Friday, 26 July 2013

Pakaian Rasmi

Hari ni .. menteri belia dan sukan menegur BAM dengan cara etika pakaian pasukan semasa berlepas ke hongkong untuk sesi latihan terakhir sebelum World Champ nanti.

Menteri membandingkan Fam dengan BAM dimana pemain dan pegawai FAM apabila keluar negara siap dengan pakaian rasmi yang disediakan oleh persatuan.

Bagi kami , kami memang tidak mempunyai pakaian rasmi untuk kitaorang pakai pada sebarang acara rasmi mahupun tidak rasmi. Aku masih ingat semasa piala sudirman tempoh hari , semaca acara welcome dinner yang dianjurkan oleh BWF, penganjur menyuruh semua kontinjen mengenakan blazer untuk menghadiri jamuan itu. Seperti biasa kami pergi ke acara itu dengan memakai track suit Yonex . Alangkah malunya sebagai tuan rumah kami menghadiri acara itu dengan berpakaian sebegini. Pasukan indonesia sangup membeli blazer baru untuk atlit dan pegawai mereka. Kata Rexy president mereka mengarahkan membeli pakaian baru kerana ini melimbatkan maruah negara.

Setahu aku , last sekali aku dapat blazer dari BAM semasa aku main world Junior .. tahun berapa dah x ingat dah... Munkin BAM ada alasan tersendiri untuk mengabaikan perkara ini. Aku x sangkal perkara baju ini bukanla penyebab menang dan kalah.. kalau ada orang yang kata.. kalau pakai baju cantek.. garenti boleh menang ke... jawapan aku ..memang xlaaa...

Aku rasa teguran Menteri lebih kepada imej pasukan dan imej negara...

Thursday, 25 July 2013

Berbuka di Hongkong

Salam

Aku dan Adul hari ini berbuka kat Hongkong buat pertama kali di hari yang pertama kami disini... nak mengadap 8 hari lagi..... Alhamdullillah. . Kami dapat jumpa kedai muslim halal dan dalam keadaan camni ..faktor SEDAP harus dilupakan...

Monday, 15 July 2013

Sport yoga

Salam

Dah lama x post... sekadar nak update .. sekarang ni gua dah start sport yoga session kat player aku.. nampak diorang enjoy je... hopefully this program boleh help sedikit sebanyak kat game dorang...

Banyak orang tanya kat aku bagus ke sport yoga ni... jawapan aku senang je... selagi tak cuba kita takkan tahu... kalau rasa x ok.. kita boleh try benda lain lagi...

Cuba dan terus mencuba...

Monday, 17 June 2013

Kembali

Salam

Lama x update

Aku baru balik dari umrah 8hb hari tu... banyak pengalaman aku dapat disana yang x boleh aku bayangkan.. mudah mudahan aku dapat hidayah dari trip umrah aku ni...

Balik dari umrah... terus training keesokan harinya ... rindu kat player aku dan dapatkan update dari assistant aku... player nampak ok semua...

Keesokan hari dapat berita baik ... Soong dan Amylia qualified untuk World Champ... Chin Chai jumpa aku dan inform aku berita baik ni.... happy aku coz sekarang aku ada 3 pair yang aku jaga masuk.. munkin rahmat dari tanah suci kot.... amin

Sekarang aku kat Singapore ... untuk Singapore Open Super Series. .. draw memang susah... tapi kita cuba laaa kan...

Sunday, 2 June 2013

Selesai Umrah pertamaku

Alhamdullillah...

Aku dan isteri selamat menyempurnakan ibadat umrah pertama kami... pengalaman yang memang mencabar bagi kami yang pertama kali melakukannya....

Syukur kami dikurniakan semangat dan kesihatan yang baik kerana keadaan manusia yang begitu ramai...

Terima kasih juga kepada team leader kami yang senantiasa memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada kami maklumlaa kami ini pertama kali dan cetek pengetahuan dalam bab ini....

Setelah selesai terasa bagai satu kemenangan dan perasaan ini tak boleh aku gambarkan...

Allah itu maha berkuasa.....