Tuesday, 28 May 2013

Madinah

Pertama kali aku menjejakkan kaki di masjid nabawi .. terasa sayu dan kedilnya aku ... terlalu ramai manusia pelbagai bangsa.. pelbagai ragam.. namun aku syukur kehadrat ilahi yang telah memberikan ku kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sini...

Amin...

Wednesday, 22 May 2013

MAAF KAN KAMI

Semalam pasukan kami kalah kat Germany ... semua orang marah dan kecewa dengan kekalahan ini.. aku faham perasaan peminat badminton yang mahukan persembahan terbaik dari kami.

Selesai perlawanan suasana di kem kami sangat murung. Pegawai, jurulatih dan pemain khasnya terlalu sedih dengan kekalahan ini.. lebih lebih lagi bagi pemain yang pertama kali bermain di piala Sudirman ini. Suasana di bilik fisio di belakang stadium senyap tampa sebarang gelak ketawa. Ternyata impak perlawanan berpasukan ini sangat hebat berbanding dalam acara individu. Setelah pegawai dan ketua jurulatih memberikan taklimat terakhir, kami kembali ke hotel penginapan . Keadaan didalam bas juga sama .. semua masih lagi berfikir secara bersendirian mengapa kami boleh tewas kepada mereka. Aku sama seperti mereka , memikirkan pelbagai kemungkinan.

Aku secara peribadi ingin memohon maaf kepada semua peminat dan rakyat Malaysia dengan kekalahan kami. Pemain dibawah kendalian aku Vivian dan Kwei gagal untuk mengutip mata penting untuk negara. Mereka telah berusaha dengan sebaik munkin tetapi pihak lawan ternyata lebih baik dari kami malam tadi. Ternyata pengalaman ini amat bermakna buat mereka untuk menghadapi kejohanan  yang mendatang. Aku secara peribadi puashati dengan permainan mereka kerana aku tahu tekanan sebelum perlawanan itu amatlaa tinggi.Aku harap peminat semua masih memberikan kepercayaan kepada mereka untuk kembali bangkit.

Bagi aku tiada alasan untuk kami berikan kepada anda semua selain terima segala kritikan dan fikir sedalam dalamnya apa yang perlu kami lakukan. Pemain juga harus menerima kekalahan ini dengan iktizam yang lebih membara untuk lebih maju. Kami harus ingat dan terima kita bukan lagi jaguh seperti dulu. Buat pemain pemain muda, inilah suasana sukan dinegara kita , anda harus kuat dari segi mental untuk menghadapi cabaran atau tekanan dari pelbagai pihak.. kita harus menyediakan diri kita dengan keadaan ini.. kita tidak boleh mengubah persepsi orang ramai tetapi kita harus belajar menyediakan diri kita dengan keadaan ini.

Bagi peminat dan rakan rakan yang sentiasa memberikan galakan dan kata perangsang kepada aku dan pemain pemain .. aku amatlaa hargai dan sanjungi. Kepada mereka yang mengkritik dan menghentam kami.. aku juga sanjungi..percayala kami tidak mahu semua ini berlaku... semoga kami boleh bangkit kembali untuk memenuhi kehendak anda walaupun untuk seketika. Kerana kami faham kami harus menang dan menang dalam apa cara sekali pon. Kami harus kuat kerana ini adalah suasana dan dunia kami..

MAAF KAN KAMI

Saturday, 18 May 2013

Order of play - Malaysia vs Taipei

Order of play :
MD,WS, MS, WD,XD
Koo/Tan vs Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin
Sonia vs Tai T Ying
Lee CWei vs Yang Chih Hsun
Vivian /Woon KW vs Cheng Wen Hsing / Hsieh Pei Chen
Chan P Soon / Goh L Ying vs Lu Ching Yao / Lai Chia Wen.

Thursday, 16 May 2013

Belum siap lagi

Kami semua berharap sangat hari ni gelanggang sudah siap sepenuhnya tetapi malang sekali keadaan lampu masih lagi dalam ujian dan memang sukar untuk diadakan latihan.

Inilaaa kelebihan apabila kita menjadi tuan rumah ????????????

Wednesday, 15 May 2013

Welcome yb khairy

Tahniah to yb Khairy sebab dipilih menjadi menteri Belia dan Sukan yang baru. Potfolio ini sememangnya ada kena mengena ngan aku coz aku kan kerja bahagian sukan, so kami sangat berharap yb Khairy boleh bawa kami lebih maju lagi.

Banyak spekulasi sebelum pengumuman mengatakan beliau akan ke kementerian penerangan, aku secara peribadi rasa macam tak sesuai je dia kat sana. Kalau kat KBS baru la ngam, dia masih muda, agresive,berani dan aku rasa dia akan lebih memahami kehendak belia masa kini kerana faktor umur beliau yang masih muda.

Aku secara peribadi ternanti nanti apa benda baru yang akan dibuat oleh beliau untuk sukan dan kaum belia nanti. Aku harap beliau terus berani untuk menukar hala tuju sukan negara kita kearah yang lebih profesional sejajar dengan negara-negara maju. Beliau harus sedar kemerosotan minat remaja kearah sukan amat membimbangkan. Oleh itu satu cara baru harus difikirkan oleh kerajaan untuk menangani masalah ini.

Aku tahu sekarang adalah masa yang sukar untuk beliau melakukan perubahan memandangkan suasana politik yang agak tegang sekarang ini. Memandangkan mandat rakyat sudah diberikan , aku harap kerajaan dapat membuat sesuatu.

Akhir kata , ramai orang kata Sesiapa yang pegang KBS, mempunyai potensi besar dalam karier politik mereka. Ini adalah ujian pertama buat mereka, jadi tak mustahil jika yb Khairy buat dengan baik, beliau munkin pemimpin kita dimasa akan datang..........