Semalam pasukan kami kalah kat Germany ... semua orang marah dan kecewa dengan kekalahan ini.. aku faham perasaan peminat badminton yang mahukan persembahan terbaik dari kami.
Selesai perlawanan suasana di kem kami sangat murung. Pegawai, jurulatih dan pemain khasnya terlalu sedih dengan kekalahan ini.. lebih lebih lagi bagi pemain yang pertama kali bermain di piala Sudirman ini. Suasana di bilik fisio di belakang stadium senyap tampa sebarang gelak ketawa. Ternyata impak perlawanan berpasukan ini sangat hebat berbanding dalam acara individu. Setelah pegawai dan ketua jurulatih memberikan taklimat terakhir, kami kembali ke hotel penginapan . Keadaan didalam bas juga sama .. semua masih lagi berfikir secara bersendirian mengapa kami boleh tewas kepada mereka. Aku sama seperti mereka , memikirkan pelbagai kemungkinan.
Aku secara peribadi ingin memohon maaf kepada semua peminat dan rakyat Malaysia dengan kekalahan kami. Pemain dibawah kendalian aku Vivian dan Kwei gagal untuk mengutip mata penting untuk negara. Mereka telah berusaha dengan sebaik munkin tetapi pihak lawan ternyata lebih baik dari kami malam tadi. Ternyata pengalaman ini amat bermakna buat mereka untuk menghadapi kejohanan yang mendatang. Aku secara peribadi puashati dengan permainan mereka kerana aku tahu tekanan sebelum perlawanan itu amatlaa tinggi.Aku harap peminat semua masih memberikan kepercayaan kepada mereka untuk kembali bangkit.
Bagi aku tiada alasan untuk kami berikan kepada anda semua selain terima segala kritikan dan fikir sedalam dalamnya apa yang perlu kami lakukan. Pemain juga harus menerima kekalahan ini dengan iktizam yang lebih membara untuk lebih maju. Kami harus ingat dan terima kita bukan lagi jaguh seperti dulu. Buat pemain pemain muda, inilah suasana sukan dinegara kita , anda harus kuat dari segi mental untuk menghadapi cabaran atau tekanan dari pelbagai pihak.. kita harus menyediakan diri kita dengan keadaan ini.. kita tidak boleh mengubah persepsi orang ramai tetapi kita harus belajar menyediakan diri kita dengan keadaan ini.
Bagi peminat dan rakan rakan yang sentiasa memberikan galakan dan kata perangsang kepada aku dan pemain pemain .. aku amatlaa hargai dan sanjungi. Kepada mereka yang mengkritik dan menghentam kami.. aku juga sanjungi..percayala kami tidak mahu semua ini berlaku... semoga kami boleh bangkit kembali untuk memenuhi kehendak anda walaupun untuk seketika. Kerana kami faham kami harus menang dan menang dalam apa cara sekali pon. Kami harus kuat kerana ini adalah suasana dan dunia kami..
MAAF KAN KAMI
No comments:
Post a Comment