Wednesday 15 May 2013

Welcome yb khairy

Tahniah to yb Khairy sebab dipilih menjadi menteri Belia dan Sukan yang baru. Potfolio ini sememangnya ada kena mengena ngan aku coz aku kan kerja bahagian sukan, so kami sangat berharap yb Khairy boleh bawa kami lebih maju lagi.

Banyak spekulasi sebelum pengumuman mengatakan beliau akan ke kementerian penerangan, aku secara peribadi rasa macam tak sesuai je dia kat sana. Kalau kat KBS baru la ngam, dia masih muda, agresive,berani dan aku rasa dia akan lebih memahami kehendak belia masa kini kerana faktor umur beliau yang masih muda.

Aku secara peribadi ternanti nanti apa benda baru yang akan dibuat oleh beliau untuk sukan dan kaum belia nanti. Aku harap beliau terus berani untuk menukar hala tuju sukan negara kita kearah yang lebih profesional sejajar dengan negara-negara maju. Beliau harus sedar kemerosotan minat remaja kearah sukan amat membimbangkan. Oleh itu satu cara baru harus difikirkan oleh kerajaan untuk menangani masalah ini.

Aku tahu sekarang adalah masa yang sukar untuk beliau melakukan perubahan memandangkan suasana politik yang agak tegang sekarang ini. Memandangkan mandat rakyat sudah diberikan , aku harap kerajaan dapat membuat sesuatu.

Akhir kata , ramai orang kata Sesiapa yang pegang KBS, mempunyai potensi besar dalam karier politik mereka. Ini adalah ujian pertama buat mereka, jadi tak mustahil jika yb Khairy buat dengan baik, beliau munkin pemimpin kita dimasa akan datang..........



No comments:

Post a Comment