Monday, 6 May 2013

Badminton dan politik

Semalam aku dah selamat menjalankan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. Rancangannya nak mengundi sebelah petang tapi dengar ramalan cuaca petang ribut petir... aku gi pagi jelaaa.... Aku mengundi kawasan parlimen titiwangsa... sampai sampai je dah ramai orang beratur... tengah tengah berjalan ternampak Lee Wan Wah pun beratur sama.. rupanya dia pon sama macam aku.. tak tukar alamat lagi....
Suasana di tempat pengundian aman je... semua ok ... cuma beratur panjang sikit laaa... lima tahun sekali .. apa ada hal... Selesai mengundi aku terus balik Gombak ( umah bapak aku ) , dimana anak bini aku menunggu untuk aku bawak mereka ke KLCC untuk tengok wayang.. Banyak orang berkata jangan keluar rumah lepas mengundi ..takut bahaya... tapi aku ni kurang percaya sangat dengan rumors dari internet ni... ada yang kata... ada orang beli parang laaa... kalau parti ni kalah nanti ada gaduh laaaa.... macam macam lagi laaaa... ermmmm
Ternyata persepsi tadi itu memang membuatkan banyak orang panik... buat pertama kali , pada hari Ahad , parking kat KLCC kosong... aku dengan mudah dapat parking betul betul depan tangga escalator. .. ajaib kan. Memang kurang sangat orang kat sini hari ni... ternyata kebanyakan orang percaya dengan berita itu. Dalam panggung wayang pon nampak kosong... aku tengok Iron Man tu.... x penuh panggung.... ha3. .

Semua orang saya rasa amat berdebar malam tadi... nak tau parti yang mereka sokong menang atau tidak..  sebelom tu .. kuasa video amat dipercayai sekarang ni... heboh video pengundi hantu disana sini.. pada aku kalau betul laaa... bodoh betul BN ni sebab amik orang bangla untuk jadi pengundi hantu... kenapa tak amik orang indon  yang lebih mirip muka melayu sikit.. lagi satu dah tau berita pengundi hantu bangla ni heboh dicanangkan 2 tiga hari sebelum ni... lagi nak hantar diaorang untuk mengundi..  macam pilihanraya di china kau hantar melayu untuk jadi pengundi hantu.. dah tentu laa orang tahu.... BODOH BETULLAAA LAAA BN NI..... Kalau laaa aku nampak bangla ni masa mengundi tadi dah tentu aku bawak dorang kat balai polis punya .. check samaada dorang ni pengundi ke... tapi yang heranyaaa .. dorang ni ditangkap  kat video je... apa tindakan orang yang menangkap tu.. kenapa x bawak dorang jumpa polis... aku dok check jugak tangkapan apa yang dibuat semalam... xde pon... pelik.... but ... kalau betullaaa perkara ini berlaku ... memang BN ni parti yang paling bodoh aku rasa...

Semalam aku tido lambat.. mendengar pengumuman di TV... berdebar juga... banyak keputusan diluar jangkaan berlaku.. bagi aku... ini barulaaa demokrasi .. ada yang menang ada yang kalah... bagi aku secara personally. . Pakatan Rakyat telah menang kali ini walaupun tidak dapat menakluki putrajaya... dengan banyak perkara yang telah dibuat oleh Najib dan BN rakyat masih lagi menyukai cara dan pembawakan yang dibawakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.. aku yakin jika BN masih di strategy yang sama ... pru 14.. parti Parkatan boleh menang...

Hari ni.. bukak aje Facebook. . Macam macam benda aku tengok... banyak orang marah coz parti parkatan kalah... macam cerita keluar... ya laaa aku faham.. mereka kecewa parti yang mereka sokong tewas.. relaks laaa bro... kuatkan semangat.. mulai sekarang u all kena start kerja lebih kuat kalau nak amik putrajaya.. kena gentleman bro...

Bagi aku... semua ini dah berakhir.. kita dah tahu siapa yang menang dan siapa yang kalah... sekarang masa untuk kita bersatu balik... janganlaaa sebab politik kita semua bermasam muka... bukan kita dapat gaji pon beb...
Aku harap sangat jangan laaa kita campur aduk kan antara politik dan benda lain... aku dengar cerita Dato Lee Chong Wei kena hentam terok sebab dia pergi ceramah orang BN... ayo bro... ini ke mentaliti rakyat kita... ingat semua orang berhak memilih siapa pemimpin yang mereka mahu.. kenapa mereka memilih parti itu.. kita x perlu persoalkan..

Kami di kem badminton Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan pelbagai kepercayaan agama.. dan yang paling penting kami juga cenderong menyokong mana mana parti yang kami suka... tetapi apabila kami bersama tujuan untuk menaikkan badminton dipersada antarabangsa melebihi dari segalanya.. kami bersatu dan tiada siapa yang boleh mengugat semangat kami..

ANDA JUGA BEGITU JUGA

No comments:

Post a Comment