Ketua jurulatih badminton perseorangan negara itu sudah boleh makan seperti biasa, namun masih demam dan bintik-bintik merah di seluruh badannya belum hilang.
“Tangan dan kaki saya membengkak, malah seluruh badan kadang kala berasa gatal,” kata Rashid sambil mengesahkan yang doktor belum dapat mengesahkan penyakit sebenar dihadapinya dengan hanya melabelkan beliau dijangkiti virus.
Di hospital semalam, Rashid yang ditemani isteri, Noor Azehan Abd Halim turut mendapat kunjungan pengasuhnya di zaman kanak-kanak, Yazidah Baba.
“Saya boleh bercakap seperti biasa sekarang berbanding pada hari kedua (Ahad), tekak saya penuh dengan ulser membuatkan saya tiada mood dan deria rasa saya juga terjejas.” Isterinya, Noor Azehan pula berkata: “Saya beri dia minum kopi, dia tanya air apa ini, saya bagi makan nasi juga dia tidak berasa seperti nasi. Inilah kali pertama (Ahad) dia hilang deria rasa. Tapi hari ini dia sudah kembali ada selera, cuma masih penat.” Noor Azehan berkata, doktor pada awalnya mengesyaki dia menghidap denggi dan macam-macam lagi, namun darahnya normal.
Pengasuh zaman kanak-kanak Rashid, Yazidah pula berkata, inilah kali pertama ketua jurulatih itu terpaksa berada di hospital kerana sakit, selain daripada menjalani pembedahan kecederaan kaki sewaktu bergelar pemain dulu.
“Dia tidak pernah demam seteruk ini sampai terpaksa ditahan di hospital tapi saya syukur kerana pada awalnya terbayang keadaannya lebih teruk dan Alhamdulillah dia mampu tersenyum dan bercakap,” kata Yazidah.
Rashid bagaimanapun berharap dapat kembali ke rumahnya hari ini, namun segala-galanya bergantung kepada status kesihatannya.
Harap kawan aku ni cepat sembuh. .... kat hall ni boring kau xde
ReplyDelete