Friday 15 February 2013

Tak minat (metro)

Tidak minat

0 0 Google +0 0 0 Cetak
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Kuala Lumpur: Bendahari Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Lim Teong Kiat hanya berminat untuk mengekalkan jawatan sebagai ahli Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 18 Mei ini dan tidak berminat bertanding kerusi Timbalan Presiden.

Beliau yang kini mempengerusikan jawatankuasa Kewangan BWF berkata, tiada alasan beliau perlu bertanding merebut kerusi kedua tertinggi itu.


“Saya hanya mahu kekal sebagai ahli Majlis. Lagipun sudah ada wakil Malaysia bertanding kerusi Presiden BWF, kita tidak boleh bolot kedua-duanya,” kata Teong Kiat menafikan khabar angin mendakwa beliau bertanding kerusi Timbalan Presiden.

Beliau juga berkata, Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh sudah mengesahkan kepada BWF untuk bertanding kerusi tertinggi itu, 11 hari lalu.


Ketika mengulas peluang Nadzmi menang kerusi terbabit sekali gus menjadi warga Malaysia pertama memimpin badan induk badminton dunia itu, Teong Kiat berkata: “Pada masa ini kita belum tahu peluangnya selagi tidak mengetahui berapa calon yang bertanding, hinggalah tarikh tutup 22 Februari ini.” Katanya, hingga kini hanya calon Indonesia, Justian Suhadinata dan legenda badminton Denmark, Paul Erik Hoyer Larsson menjadi lawan Nadzmi.


Pada Terbuka Malaysia lalu, Nadzmi menerima kunjungan rombongan China yang menyatakan Persatuan Badminton China (CBA) sedia menyokong pencalonan Nadzmi. Namun berdasarkan laman blog Justian, China turut menghantar surat sokongan kepadanya dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Agung CBA, Liu Fengyan kepada Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI).

Justian menerusi laman blognya juga memaparkan surat sokongan kepadanya daripada persatuan badminton lain seperti Barbados, Ghana, Amerika Syarikat dan Thailand.


Malah Justian kini giat melobi wakil Eropah dan kini berada di Bulgaria.

No comments:

Post a Comment