Rio de Janeiro: Malaysia gagal meneruskan kemaraan dalam acara
recurve berpasukan lelaki Sukan Olimpik Rio selepas tewas 2-6 kepada
Perancis pada pusingan pertama, hari ini.
Sekalipun menang set pertama 55-53, trio negara Khairul Anuar
Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Haziq Kamaruddin gagal
mengulanginya apabila tumpas tiga set berikutnya.
Perancis diwakili Lucas Daniel, Pierre Plihon dan Jean-Charles
Valladont bangkit memenangi tiga set berikutnya 55-53, 55-53 dan 57-53.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia gagal mengulangi kejayaan mara ke suku akhir di Beijing 2008.
Di London empat tahun lalu, mereka turut kecundang pada pusingan pertama di tangan Mexico.
Saturday, 6 August 2016
RIO OLYMPIC - tangga 28
Hamdan Saaid
ahamdan@hnmetro.com.my
Rio de Janeiro (Brazil): Penembak negara, Johnathan Wong sekadar menghuni tangga ke-28 pada pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol di Pusat Menembak Olimpik, awal pagi tadi.
Johnathan, yang bertanding kali pertama pada temasya Sukan Olimpik, mengumpul 574 mata, kurang 11 mata berbanding rekod kebangsaan miliknya.
Olympic RIO - Emas pertama untuk Vietnam
Friday, 5 August 2016
OLYMPIC RIO SUDAH BERMULA
* Olympic Rio sudah dirasmikan pagi ni waktu Malaysia. DLCW segak menjadi pembawa bendera untuk team Malaysia. Semoga kita boleh membawa pingat emas pertama negara kali ini.
Thursday, 4 August 2016
Wednesday, 3 August 2016
Tuesday, 2 August 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)






