Saturday, 6 August 2016

RIO OLYMPIC - GAGAL TEWASKAN PERANCIS

Rio de Janeiro: Malaysia gagal meneruskan kemaraan dalam acara recurve berpasukan lelaki Sukan Olimpik Rio selepas tewas 2-6 kepada Perancis pada pusingan pertama, hari ini.
Sekalipun menang set pertama 55-53, trio negara Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Haziq Kamaruddin gagal mengulanginya apabila tumpas tiga set berikutnya.
Perancis diwakili Lucas Daniel, Pierre Plihon dan Jean-Charles Valladont bangkit memenangi tiga set berikutnya 55-53, 55-53 dan 57-53.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia gagal mengulangi kejayaan mara ke suku akhir di Beijing 2008.
Di London empat tahun lalu, mereka turut kecundang pada pusingan pertama di tangan Mexico.


No comments:

Post a Comment