Wow....
Hari yang sangat baik untuk semua rakyat Malaysia. Aku rasa semua orang berkumpul dekat depan TV dari semalam. Ini laaaa sukan , satu acara yang boleh menyatukan semua orang x kira bangsa . Kena bawak semua orang berpolitik tu duduk sekali tengok sukan .. barulaaa bersatu...
Dari malam semalam bermula dengan acara WD aku dah berkampung kat depan TV untuk melihat pemain kesayangan aku Vivian/Kwei untuk bertarung dengan pasangan no 1 dunia. Aku xnak cerita pasal taktikal gameplay yang mereka main samaada betul atau tidak . Apa aku nak salute mereka sebab try berhabis habisan dan jika aku duduk sebagai coach dibelakang pun .. aku akan berasa bangga dengan performance ini. Anda semua boleh lihat mereka mencuba semaksimum yang boleh untuk compete dengan pihak lawan.
Sambil menunggu game MD , aku sibok lihat live score game yang lain . Banyak keputusan yang tak dijangka. Pair England boleh masuk semi 😀😀... inilaaa olimpic... kita lihat banyak pemain pilihan tumbang ... tekanan untuk mereka terlalu tinggi ... aku pun terfikir , harap perkara sama berlaku kat Yong Dae / Sung . Macam aku tulis tempoh hari , diaorang punya performance memang below dari biasa.
Game MD dah bermula, tekaan aku betul dimana pasangan Korea ini bermain seperti biasa sahaja tetapi pasangan kita juga agak berhati hati. Pada game kedua dan ketiga hanyalaaa satu permainan mental sahaja . Pasangan kita terus menekan dan keep the presure high supaya pasangan Korea melakukan mistake . Dalam masa yang sama permainan Keong/Goh semakin menjadi terutama Keong yang berjaya membuat pukulan pukulan yang x dijangka. Akhirnya kita berjaya .... berpeluh satu badan dibuatnya...
Pagi bangun terus bukak tv , sambil bersiap nak gi training . Maklumlaaa duduk KL kena keluar awal gi kerja. Jam dah kul 6.30am .. first game x habis lagi tapi tengah lead masa tu , ada terfikir nak gi kerja lambat , tapi memang x munkin laa kan . Aku pun text kat FB aku mintak tolong diaorang update . Ternyata ada ramai juga orang yang update aku .. thanks guys.. aku memang dalam kereta x senang duduk lihat orang update score. Akhirnya kita berjaya masuk ke final . Sebagai seorang yang berada dalam bidang ini.. terasa nak menangis happy dalam kereta ini... tapi malu laaaa kan ... control jantan beb..😀.. fuh lega ... kem badminton dah confirm ada pingat ... gold are coming ....
Sampai kat tempat kerja , aku whatapp Peng Soon to say congrats... and apa yang dia reply kat aku sunguh mengharukan aku... tapi sorry aku xleh kongsi disini...
Hari yang cukup baik hari ini....
No comments:
Post a Comment