Wednesday, 27 March 2013

Lee Hyun-il jadi PRO




Pemain korea ni dikatakan gantung raket lepas olimpik hari tu... tapi pada Axiata kali ni beliau bermain dengan cukup baik dan berjaya mengalahkan Simon Santoso... So aku pon agak heran juga coz selalunya orang yang dah retire ni akan jatuh tahap permainanya..

Mengikut sumber yang aku dapat, rupanya beliau mahu kembali aktif dan ingin menjadi pro... Kalaulaaa betul kata sumber ni... first time seorang pemain Korea menjadi pro...

Menarik tu.....


Saturday, 23 March 2013

Polish open semi final

Harap Ramdan boleh menang nanti..

PRESIDEN BAC BARU

Nadzmi accepts BAC presidency

By FABIAN PETER
20130323_174332BADMINTON Association of Malaysia (BAM) president Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh today officially accepted the offer from the Badminton Asia Confederation (BAC) to be the president till 2015.
“After much consideration and discussion with my BAM council members, I have decided to accept the post in a sign of Asian solidarity,” he said after the BAM council meeting.
Nadzmi was unanimously voted to head the 12-member organisation at their Extraordinary General Meeting (EGM) last Sunday in Bangkok where former president Katsuto Momii was sacked in a vote of no confidence.
The BAM president is also nominated to stand for the Badminton World Federation (BWF) presidency in the election on May 18 in Kuala Lumpur alongside Indonesia’s Justian Suhandinata and Denmark’s Paul-Erik Hoyer, but with his announcement today, there may not be a three-way race after all.
“Of course as you already know, I have served BAM for two terms, and I will not stand for another term. This BAC offer came along, and I will now have to weigh the level of my involvement with the Asian body.
“I have heard news that the BAC situation is quite messy and my main task as president is to maintain unity among the member countries. Probably there is a lot of work to be done.
“This will definitely influence my decision on whether to stand for the BWF presidency. Furthermore as Asian president, I can’t be going against other candidates thus reducing the chance for an Asian to hold the top post in the world governing body. I will make an announcement on this as soon as possible,” Nadzmi added.
About the matter has been taken to court by Momii who claims the the EGM was illegal, Nadzmi said: “The EGM was held in accordance with the BAC constitution and every decision made was legitimate. As for parties who have taken this court, that is not my problem.”
Nadzmi also said the election of a new president is not in the agenda for the BAC annual general meeting in Taiwan on April 21, so his post as president will be effective until 2015.
“When I received the offer from BAC, I was named acting president, but now that I have accepted the offer, I’m officially the president and I will serve till 2015,” he said, adding that an official reply would be sent to BAC secretary-general Surasak Songvarakulpan by Monday.
When pressed further on claims by Momii that this had everything to do with the BWF presidency, Nadzmi refuted it by saying “I’m sorry but I can’t comment on speculation. All I can say is even I was surprised by the offer, so how can it be planned?”
For feedback, please email editor@sports247.my

Gaduh

Watch "Malaysia badminton players fighting" on YouTube

Park Joo Bong

Watch "Badminton All England 1990 MD Final Game 1&2 [4/5]" on YouTube

Dia ni pernah jadi coach aku kejap lepas tu dia jugak yang bawak aku masuk dalam coaching staff kat BAM ni. So dia memang laa ada peranan sedikit sebanyak dalam karier aku sebagai jurulatih.
Semasa dia jadi coach aku dulu.. orangnya cukup serius dan memang susah nak rapat dengan dia. Yang menariknya bila aku tandatangan kontrak sebagai jurulatih , keesokanya terus dia layan aku sebagai jurulatih dengan characters yang sangat berubah dan tak pernah aku tengok. Itu aku respect dia.. dia hormat aku seperti coach coach senior yang lain.. dan ini sunguh aku tak jangka.
Apapun sekarang dia dah melatih team Japan dan kami sering berjumpa di kejohanan kejohanan antarabangsa . Perkara yang pasti aku buat masa setiap kalu jumpa dia, tegur dia, dan hormat dia tanda respect aku kat dia.
Thanks Park....

Friday, 22 March 2013

support Harimau Malaya

Fokus 100 peratus - Rajagobal


RAJAGOBAL (empat dari kiri) gigih merencanakan strategi dengan barisan penyerangnya menjelang pertemuan menentang Yemen malam ini.


ATAS kertas, peluang skuad Harimau Malaya untuk mengatasi Yemen pada aksi Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 memang nampak sukar.
Ia gara-gara prestasi yang tidak menentu dipamerkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu di pentas antarabangsa kebelakangan ini.
Meskipun menyedari hakikat tersebut, Rajagobal belum mahu menyerah awal.
Menurutnya, jika mahu meraih keputusan yang positif, pemainnya perlu mengekalkan konsentrasi sehingga ke minit terakhir permainan.
Skuad negara akan menentang Yemen dalam kempen Kelayakan Piala Asia di Stadium Shah Alam malam ini.
Rajagobal menjelaskan, pemain negara harus mengatasi ‘penyakit hilang fokus’ dalam permainan yang menjadi punca utama kepada dua kekalahan terakhir di pentas antarabangsa.
Pada aksi pertama kelayakan menentang Qatar awal bulan lalu, kesilapan yang dilakukan pemain tengah, K. Reuben telah membuka ruang kepada pemain lawan menjaringkan gol pada minit-minit terakhir yang menyaksikan mereka tewas 0-2.
Sindrom hilang konsentrasi itu berterusan Ahad lepas apabila gawang negara dibolosi dua gol di penghujung perlawanan ketika kalah 1-4 kepada Arab Saudi pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam.
“Saya akui pemain kita kerap hilang fokus terutamanya pada lewat perlawanan.
“Perkara ini sudah saya tegas berulang kali kepada pemain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Mereka perlu mengekalkan konsentrasi sehingga perlawanan berakhir, tidak boleh hilang tumpuan walaupun ketika menguasai permainan,” katanya pada sidang akhbar perlawanan Malaysia dan Yemen semalam.
Menentang pasukan pada ranking ke-170 dunia, Rajagobal tidak mempunyai pilihan lain selain meraih tiga mata untuk mencerahkan peluang dalam saingan Kumpulan D.
Skuad negara ketika ini menghuni tangga terbawah kumpulan manakala Yemen yang turut memburu tiga mata pertama, di tangga ketiga.
“Sudah tentu kami mahukan tiga mata. Kita akan guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk meraih keputusan yang baik,” tambah Rajagobal.
Rajagobal dijangka menyandarkan harapan kepada Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Amri Yahyah di bahagian serangan dan berkemungkinan menggandingkan Safiq Rahim serta K. Gurusamy untuk mengemudi jentera tengah.
Kehadiran semula Wan Zack Haikal Wan Noor yang pulih daripada kecederaan turut memberi lebih banyak pilihan kepada Rajagobal untuk mengisi posisi sayap kanan manakala posisi sayap kiri pula bakal digalas Ashari Samsudin


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2OLqn9gWI
Hakcipta terpelihara

Tuesday, 19 March 2013

Makan time

Pagi tadi baru sampai kl... dari basel - amsterdam - kl... rasa penat sebab x boleh tido dalam flight. Naik pulak KLM....perggggggg... punya laaa sempit tempat duduk dia... dah lama BAM x beli tiket naik flight ni... MAS still the best.

Sampai saja tadi terus naik taxy. . Tak jauh sangat dari rumah aku.. dalam 30 minit je sampai. Bini aku pon dah belikan nasi lemak lauk ayam seperti yang aku pesan.. rasa sedap sangat sebab dah muak makan roti dan mentega je kat sana. Anak anak aku dah gi sekolah... x sempat nak jumpa diaorang ni.

Lepas mandi terus tido .. lama laa jugak .. tersedar dah kul 3pm.. terus bangun ..start keta dan jalan gi amik anak lelaki aku kat sekolah..

Perjalanan balik singah jap kat Summit. . Nak beli cd u tuntutan anak aku.. kenalaaa belikan.. lepas beli terus makan kejap kat kedai mamak dan seperti biasa anak aku akan order... Roti Canai....

Apapun aku happy dapat spend this quality time ngan dua anak aku ni.. aku rasa kadang kadang.. banyak benda aku miss tentang pembesaran diorang ni...

PERGOBANAN....