Wednesday, 7 September 2016

Selamat berjuang wira wira negara

Ayuh rakyat Malaysia , kita tunjukkan semangat yang sama seperti sukan olimpik yang lalu , kita bersatu dan menyokong atlet atlet paralimpik negara kita. Mereka juga perlukan sokongan padu dari kita semua..

To kontinjen Paralimpik Malaysia .. anda semua memang hebat dan teruskan perjuangan anda ....

Go 4 Gold ...

Sunday, 4 September 2016

Juara terbuka Brazil

Tahniah Zulfadli .... akhirnya dapat menjuarai satu kejohanan antarabangsa... maybe orang akan kata terlambat.... tapi better ada dari xda..... harap ada lagi kejuaraan yang dapat anda kecapi selepas ini...

#  sudah masanya zulfadli masuk BAM ... munkin peningkatan akan lebih baik lagi.... support sistem dalam BAM adalah sangat sesuai untuk elit player macam anda...

Tahniah sekali lagi .....

Ganjaran - patut ke tidak

Olimpik kali ni... memang satu sukses buat Malaysia. Syabas kepada semua yg terlibat. Nampak sangat melalui sukan , semua rakyat bersatu , x kira bangsa atau agama kita sokong dan bangga dengan atlet kita.

Apabila atlet kita pulang sudah pasti banyak pihak menghargai sumbangan atlet ini dengan memberikan ganjaran yang difikirkan setimpal. Janganlaaa kita persoalkan niat penderma penderma ini samaada jujur ataupun for marketing syarikat mereka ... yg penting diaorang bagi.

Ada juga segelintir masyarakat mempertikaikan pemberian hadiah ini... adussss... kalau kalah lu orang hentam kaw kaw... bila menang ni kasi laaaa kami change sikit... seperti biasa ... lepas ni kalau kalah kau org hentam laaaa balik... macam x biasa buat pulak...

Untuk info ... bukan senang nak menang medal kat olimpik k... bukan tournament tepi jalan ... diaorang semua ni melalui proses yg sangat susah untuk layak... atlet yang kaya pun boleh dikira dengan jari kat Malaysia ni ... majoriti ahli sukan kat Malaysia ni ... cukup cukup makan jer... banyaknyaaa sebab minat...

So... hargailaaa mereka... munkin anak anda berada ditempat mereka suatu hari nanti...

Syabas seluruh atlit Malaysia...

Saturday, 20 August 2016

Malaysia negaraku....

Tamat edisi olympic kali ni. Kita masih lagi menunggu emas pertama negara. Satu pencapaian terbaik untuk kem badminton yang telah berjaya membawa pulang 3 pingat Perak. Kita selalu hanya mengharapkan DLCW saja disetiap kejohanan besar tetapi tidak pada kali ini.. 2 acara yang tidak diberikan harapan berjaya membuat kejutan.

Pada aku , edisi olympic akan datang di Tokyo .. mampu tak kita mengulangi kejayaan ini. Ramai pemain utama negara lain mengumumkan pesaraan selepas kejohanan ini. Lagi 4 tahun aku ramalkan kebanyakan muka muka baru akan muncul. China , Indonesia , Malaysia akan atau munkin ada pemain baru diketengahkan. Soalannya mana satu pemain muda kita yang akan menyerlah ... munkin Goh Jin Wei.....

Ayoh atlit badminton remaja yang lain .. tugas berat sekarang ditangan anda...

Pada seluruh atlit atau kontinjen Malaysia kali ini... ucapan setinggi tahniah atas kejayaaan luar biasa ini... terima kasih ... to DLCW .. terima kasih kerana sentiasa memberikan sesuatu kepada Malaysia...

Bangga menjadi rakyat Malaysia....

Friday, 19 August 2016

Terima Kasih

Rasanya kebanyakan kita x cukup tido hari ni. Semua tengok game penentuan Gold semalam. Cukup mendebarkan .

Pada awalnya aku rasa memang pasangan kita boleh menang dengan pernainan yang menarik. Cukup teratur. Game kedua ada sedikit hilang keyakinan.

Game ketiga laaa yang banyak membuatkan semua orang jadi x tentu arah. Mata saling berkejaran. Both pair cuba merapatkan jurang mata . Sama kuat . Pada suatu ketika kita sudah mendahului dan hanya satu mata saja lagi untuk dapat Emas. Sayang bukan hak kita.

Lepas game aku semua orang ada rasa kecewa tetapi bukan sebab mereka kalah tetapi sebab sikit lagi nak dapat emas tu. Performance ok pada aku. Ada juga beberapa pengkritik sukan alam maya kata mental x kuat sebab tu kalah.. jawapan aku ... cuba kau main tengok... jangan kata satu Malaysia tengok... cuma bagi orang kawasan perumahan kau jer tengok , aku rasa kau dah gabra...

Pada keseluruhan rakyat Malaysia , anda semua memang terbaik . Tetap sokong walaupun tewas . Satu Malaysia..

Dato Lee Chong Wei tetap pilihan saya

# lebih kurang 1 jam lagi , pertarungan yang dinanti nantikan seluruh dunia akan berlangsung. Ramai yang mengatakan ini munkin pertemuan terakhir diantara mereka . Cukup mendebarkan.

Aku bukanlaa sangat arif dalam permainan single, tapi jangkaan aku DLCW kali ini mampu menewaskan Lin Dan. Alasan aku berdasarkan persembahan LD dalam edisi olympics kali ini yang aku rasa tidak seperti lazimnya. Agak berhempas pulas untuk menang dengan pemain India pada suku akhir.

Aku ada tanya Partner in crime aku ( rashid ) pasal game LD kenapa camtu... dia kata LD banyak main defence jer... takda attack.. strategi dia ker...????... semua orang tau LD seorang pemain yang penuh dengan muslihat... itu yg aku takut ....

Apapun aku tetap harap DLCW menang malam ni....

Monday, 15 August 2016

Superb play

Wow....

Hari yang sangat baik untuk semua rakyat Malaysia. Aku rasa semua orang berkumpul dekat depan TV dari semalam. Ini laaaa sukan , satu acara yang boleh menyatukan semua orang x kira bangsa . Kena bawak semua orang berpolitik tu duduk sekali tengok sukan .. barulaaa bersatu...

Dari malam semalam bermula dengan acara WD aku dah berkampung kat depan TV untuk melihat pemain kesayangan aku Vivian/Kwei untuk bertarung dengan pasangan no 1 dunia. Aku xnak cerita pasal taktikal gameplay yang mereka main samaada betul atau tidak . Apa aku nak salute mereka sebab try berhabis habisan dan jika aku duduk sebagai coach dibelakang pun .. aku akan berasa bangga dengan performance ini. Anda semua boleh lihat mereka mencuba semaksimum yang boleh untuk compete dengan pihak lawan.

Sambil menunggu game MD , aku sibok lihat live score game yang lain . Banyak keputusan yang tak dijangka. Pair England boleh masuk semi 😀😀... inilaaa olimpic... kita lihat banyak pemain pilihan tumbang ... tekanan untuk mereka terlalu tinggi ... aku pun terfikir , harap perkara sama berlaku kat Yong Dae / Sung . Macam aku tulis tempoh hari , diaorang punya performance memang below dari biasa.

Game MD dah bermula, tekaan aku betul dimana pasangan Korea ini bermain seperti biasa sahaja tetapi pasangan kita juga agak berhati hati. Pada game kedua dan ketiga hanyalaaa satu permainan mental sahaja . Pasangan kita terus menekan dan keep the presure high supaya pasangan Korea melakukan mistake . Dalam masa yang sama permainan Keong/Goh semakin menjadi terutama Keong yang berjaya membuat pukulan pukulan yang x dijangka. Akhirnya kita berjaya .... berpeluh satu badan dibuatnya...

Pagi bangun terus bukak tv , sambil bersiap nak gi training . Maklumlaaa duduk KL kena keluar awal gi kerja. Jam dah kul 6.30am .. first game x habis lagi tapi tengah lead masa tu , ada terfikir nak gi kerja lambat , tapi memang x munkin laa kan . Aku pun text kat FB aku mintak tolong diaorang update . Ternyata ada ramai juga orang yang update aku .. thanks guys.. aku memang dalam kereta x senang duduk lihat orang update score. Akhirnya kita berjaya masuk ke final . Sebagai seorang yang berada dalam bidang ini.. terasa nak menangis happy dalam kereta ini... tapi malu laaaa kan ... control jantan beb..😀.. fuh lega ... kem badminton dah confirm ada pingat ... gold are coming ....

Sampai kat tempat kerja , aku whatapp Peng Soon to say congrats... and apa yang dia reply kat aku sunguh mengharukan aku... tapi sorry aku xleh kongsi disini...

Hari yang cukup baik hari ini....