Tuesday, 30 April 2013

Selamat Hari Pekerja

Hari ni hari kedua Malaysia Gp dan juga merupakan hari pekerja kat Malaysia ni. Aku seperti biasa awal awal pagi dah ada kat Kiara ni sebab kena training untuk kwei dan Vivian. Mereka x main hari ni coz dapat bye di round pertama. So kenala training kan.

Setahu aku , jarang sangat aku merasa hari pekerka ni, samaada ada latihan ataupun tournament.  Tapi sebab dah biasa sangat .. ok je...

Sunday, 14 April 2013

Bosan

Hari ni aku xde buat apa2... bosan... member semua dah balik ... tinggal aku , kwei , Vivian dan manager Tuan Haji Ahmad. Tadi terserempak dengan manager terus dia ajak aku jalan jalan ... dia pon bosan barangkali. Cuaca x baik sangat hari ni... hujan.. tapi redah jugak laaa... selepas masuk kedai baru aku tahu semua barang kat sini mahal. Yang menyakitkan hati semua buatan China.. chetttttt.... terus jadi hilang mood...

Jalan punya jalan nampak satu kedai mainan.. bolehlaaa ada discount sikit... kena laaa beli jugak.. ini benda wajib aku kena beli untuk dua orang anak aku tu... xpelaaa .. walaupun mahal... senyuman dorang masa aku balik nanti dah cukup berbaloi...

Bandar Auckland ni pon dah dikuasai oleh orang asia dah.. makan pon asian food yabg banyak... sama macam Sydney gak... aku still rasa macam kat Hongkong...

Sebenarnya kerja aku semalam dah habis... selalunya hari ni balik... tapi masa BAM booking flight .. diaorang book hari Ahad balik sebab Malaysian airline flight xde hari Isnin. Bila Kwei dan Vivian masuk final.. kenalaa tukar semua...

Masa aku tulis ni , aku ada kat kedai kopi.. ada wifi ... canteekkkk... biasalaaa bila dah minum sorang.. Hand phone laaa jadi peneman...

X sabar nak balik esok

Terus pandang ke depan

Nampaknya  kita kena tunggu lagi title dari Kwei dan Vivian. Mereka tewas akhirnya ditangan pasangan muda dari China yang aku rasa akan mewarnai dan munkin boleh menguasai arena ladies double ni yang sememangnya dikuasai oleh mereka.

Berbalik kepada Kwei dan Vivian, mereka sudah bermain sebaik munkin dan aku rasa mereka telah melakukan segala kudrat dan keupayaan yang maksimum untuk memenangi perlawanan tadi. Aku sebagai coach mereka sedih apabila mereka tewas tetapi sangat bangga dengan cara mereka bermain dengan penuh semangat dan kesunguhan yang begitu tinggi.

Seperti yang kami ketahui, pasangan muda China ini memepunyai permainan yang konsisten dalam serangan dan pertahanan dan itulah yang berlaku. Pada game yang pertama , amatla sukar untuk pemain kita mematikan bola..rally berlaku panjang dengan purata kira kira 10 pukulan setiap rally. Ini tidak memberikan advantage kepada kita kerana Kwei dan Vivian semalam bermain tiga game dalam perlawanan semi final berbanding pasangan China yang menang mudah dengan rakan senegara mereka , tak salah aku score cuma 21-4, 21-4 . Aku percaya mereka sengaja mengatur perlawanan ini untuk memberikan tenaga yang mencukupi untuk pasangan mereka. Untuk rekod kelajuan shutle disini sangat slow.

Game kedua ada perubahan dari segi startegi dengan menukar rentak perlawanan untuk lebih banyak mengajak lawan bermain pukulan latar dan ternyata ia memberikan kesan yang positif .

Di game yang ketiga ketika kedudukan 6 - 8 , Kwei berpaling pada aku dan berkata bahawa beliau merasakan Achilles tendon beliau semacam hendak putus. Selepas inilah rentak permainan kita telah berubah.. apabila Kwei sudah tidak berani lagi untuk bergerak. Lawan terus mendapat mata sehingga 11 -6. Semasa tukar gelanggang , aku dapat rasakan kesakitan yang amat sangat di riak muka Kwei. Beliau meminta spray dari umpire dan apabila sudah disembur, aku berkata kepada beliau kalau still sakit jangan teruskan. Kwei kata kepada aku dia masih mahu cuba dulu. Ternyata semburan tadi dapat menahan sakit untuk 2 rally yang berikutnya tetapi ia kembali sakit dan Kwei sudah tidak boleh bergerak lagi. Aku memberikan isyarat kepada beliau untuk berhenti kerana aku sangat bimbang kecederaan itu nanti akan jadi lebih parah. Munkin kerana keinginan untuk menang terlalu tinggi, Vivian telah bermain seorang diri dan mengawal keseluruhan gelanggang dan kwei hanya duduk disatu bahagian depan sahaja. Pada masa ini aku sudah langsung tak memikirkan kemenangan lagi... fokus aku hanyalaa kepada kecederaan kaki Kwei. Dengan keadaan sebegini pun mereka berjaya lawan dan merapatkan mata demi mata sehingga tewas 19 -21 .

Selepas upacara penyampaian hadiah tamat, Kwei bergegas ke tempat fisioterapi kejohanan dan diperiksa oleh mereka. Sedikit kelegaan dihati aku bila mereka berkata tiada yang putus dan hanya muscle yang terlalu tight. Ini berlaku di kaki kanan beliau kerana seperti yang semua ketahui,  kecederaan ankle dahulu berlaku dikaki kiri. Ini munkin menyebabkan beliau banyak memberikan tekanan yang tinggi pada kaki kanan. Oleh sebab game berlangsung dalam tempoh yang lama , kekuatan kaki juga menjadi semakin lemah. Apapun itu adlah rumusan awal tentang keceraan beliau , balik nanti aku harus dapatkan kepastian lagi dari pakar di ISN.

Aku berharap sangat ini bukanlaa satu kecederaan yang serius. Mereka sudah kembali ke landasan sebenar. Progress mereka sangat positif setelah berehat lama semasa Kwei injury dulu. Aku hormat kesunguhan mereka melalui hari hari sukar dalam mengembalikan standard asal mereka. Walaupun belum sampai lagi aku percaya kita sedang menuju kesana. Nasihat aku kepada mereka .. nothing to be shame ... pandang kedepan.. terus berusaha.

Untuk aku pula , cabaran untuk aku sunguh tinggi terutama melihat pasangan pasangan muda dari China dan Korea sudah berada sama rata dengan kita..Mereka mempunyai talent yang sunguh baik.. dengan skill yang baik dan saiz badan yang serba lengkap. Bagi aku , aku tiada pilihan untuk  harus percaya pair yang aku ada sekarang ini mampu pergi jauh dan compete dengan mereka. Aku dan semua ladies team's harus teruskan usaha untuk mengurangkan jurang antara kami dan mereka. 


Friday, 12 April 2013

We are in the final

Amin... kwei vivian menang tadi... dapat bals dendam kat pair yang sama mereka kalah kat Australia Open minggu lepas... mereka menang 3 game dan memang satu permainan yang sukar.

Esok final akan jumpa pair muda dari China.. yang aku anggap satu pair yang amat bahaya... cepat dalam pergerakan.. power yang baik dan defence yang baik ... kwei dan Vivian harus prepair untuk satu lagi perlawanan sukar.. dan jika mereka ingin menang mesti tenang dan ikut plan yang akan diberitahu nanti...

Wish us luck....

Monday, 8 April 2013

New Zealand open 2013

Kami semua baru tiba semalam disambut oleh Tuan Haji Ahmad Idris yang dilantik menjadi manager untuk kali ini. Sebenarnya manager lain katanya.. tetapi disebabkan manager berkenaan sibok dengan election nanti.. BAM telah menukarkan dengan Haji disaat akhir. Kami ok je.. tiafa masaalah..

Hari pertama kami x traning coz sampai check in hotel pon dah petang.. kami semua rest aje.. pagi ni dapat test court .. dan kami diberi 2 court untuk dikongsi seramai lebih kurang 20 org coz campur sekali ngan professional player. Kami diberi masa 1 jam setengah untuk test court.. memanglaaa x cukup.. tapi kena manage jugak laaaa... nak buat camne kan... petang kami semua buat latihan ringan di gym je...

Semua ok kat sini... bye...

Saturday, 6 April 2013

No Final 4 Malaysia team

Hari ni final ... tiada satu wakil pon masuk untuk team Malaysia. Semalam harapan utama kita Dato LCW tewas kat pemain muda China. Rasanya kita tak patut komen banyak tentang kekalahan DLCW.. dia dah banyak berjasa pada negara.. biasalaaa kalau dah sport ada pasang surutnya.. tidak sentiasa menang saja... so .. kalau ada komen yang negative dan menghentam beliau tu .. henti-hentikan laaa...percayalaaa ia tidak membantu pon...

Untuk aku pula, dua pair wanita aku tewas di peringkat suku akhir. Kwei dan vivian tewas ditangan pemain yang sunguh berpengalaman Vita Marissa .. mereka tidak bermain seperti yang dirancang dan terlalu terburu buru falam permainan defence.. ini membolehkan Vita mengawal depan dengan begitu baik sekali. Apa yang kami boleh belajar adalah quality stroke yang dimiliki oleh Vita amat tinggi dan kita harus mempertingkatkan latihan skill untuk sampai ke tahap itu. Apapun mereka telah mencuba dan harus kembali fokus untuk pertandingan New Zealand open minggu depan...

Bye

Wednesday, 3 April 2013

Mari mengundi

Tengahari tadi kitaorang semua dok sibok pasal berita pembubaran parlimen. Walaupun jauh kat negara orang , kemudahan internet tidak membataskan info info terkini kat Malaysia. Nampaknya semua orang excited kali ini nak tau siapa boleh menang...

Memang tak dinafikan , apabila masa terluang , bicara politik adalah perbualan yang paling menarik untuk dibincang.. ada yang pro kerajaan dan juga sebaliknya... itu yang menariknya... kita bebas untuk bercakap apa saja dan aku sikit pon tak rasa kita ni takut untuk memberikan pendapat kita.

Untuk aku, yang pasti aku akan mengundi untuk kali yang keempat dan peluang sebegini takkan aku lepaskan.. ini hak aku.. senang cita.. sukahati aku laaa nak pilih siapa..

Ramai juga orang yang suka bercakap politik tetapi tak daftar undi.. gua cakap sama dia .... u cakap berapi tapi mengundi pon tidak... bak kata Awie ..POYO semua tu...

Aku harap sangat bila keputusan dah keluar ..semua orang akan terima dengan hati yang terbuka.. macam main badminton juga.. kalau dah kalah ...kita terima... janganlaaa nak kata itu ini... gentle sikit laaa k...

Pengalaman aku pergi ke marata dunia telah buka mata aku ... bahawanya Malaysia adalah negara yang paling freedom gua rasa.. orang luar kalau datang Malaysia biasanya taknak keluar dah... punya laaa hebat negara kita ni... so bagi cakap cakap segelintir masyarakat yang kata Malaysia tak safe Laaa, xde freedom laaa... weiii .. kalau lu selalu keluar negara macam gua ni ( bukan nak berlagak) lu akan rasa ... bodohnya orang ni cakap.... macam xde pengetahuan...

Akhir kata gua .. bagi semua rakyat Malaysia yang ada hak mengundi... pikir secara ilmiah... jangan beremosi... gentle dan yang paling penting jaga keamanan kerana itu adalah tunjang kita selama ini....

UNDI ADALAH RAHSIA...

Aksi Lee Chong Wei - Australia Open 2013

Aksi datuk sewaktu bertemu Adrian dari Indonesia...

Tuesday, 2 April 2013

Lepas semua... Australia open 2013

Amin... hari ni 3 pair perempuan aku semua lepas pusingan yang pertama..
Pair muda aku meng yean dan mkuan main baik hari ni.. x terburu buru dalam setiap pukulan. Esok akan jumpa pair Japan...... on paper susah but aku yakin mereka boleh tunjukkan permainan yang menarik besok.
Hlin dan hern senang hari ni.. main dengan pair Australia. . Langsung tiada tentangan .
Jantung aku sikit goyang hari ni... pasangan utama aku main 3 game hari ni... main kurang baik... harap mereka dapat lupakan game hari ni.. dan aku percaya diaorang boleh lakukan... besok agak senang .. jumpa Australia pair. .. boleh kottttt...