Sunday, 31 July 2016
Thursday, 28 July 2016
Tuesday, 26 July 2016
Sunday, 24 July 2016
Vietnam open final result
Tahniah to Lai Pei Jing / Pokok ( nama kami panggil dia ) ... superb play hari ni...
Pada yg lain ... try lagi k....
# harap menang 2 game hari ni ... but ....
Saturday, 23 July 2016
Yonex Sunrise Vietnam Open 2016 | QF | CHEAH Soniia Su Ya - VU Thi Trang
Friday, 22 July 2016
Monday, 18 July 2016
Thomas Cup Final in Hongkong (Hariyanto Arbi VS Thomas Stuer Lauridsen)
time ni Indonesia team memang kuat....
Sunday, 17 July 2016
Friday, 15 July 2016
BADMINTON PANTAI
Kuala Lumpur: Badminton’s governing body said on Thursday (July 14) that it is considering staging beach events and also a push into e-gaming as it seeks to expand the sport’s appeal to a new generation.
“Badminton must be a part of these worlds in which there is huge potential for our sport to succeed,” the Badminton World Federation said in a statement after a meeting in Kunshan, China.
The federation will study possible venues for outdoor tournaments, and particularly beach events, following a route already successfully taken by sports like volleyball and football.
MY VIEW
Why not.... just try dulu then tengok camner... ada sambutan x..... tapi aku masih keliru kalau nak main kat beach .. nak control angin camner...
Asian Junior semi final line up
Satu beregu negara telah berjaya masuk ke semi final esok dan akan bertemu dengan pasangan dari China.
Thursday, 14 July 2016
1982 Asian Games Badminton Men's Doubles Final - Christian and Icuk vs Luan Jin and Lin Jiang Li
LEGEND....
Wednesday, 13 July 2016
Tuesday, 12 July 2016
RIO - NO COACH FOR WOMEN DB
Kuala Lumpur: Jumlah akreditasi yang amat terhad dikeluarkan oleh Jawantakuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyaksikan jurulatih beregu wanita negara Wong Pei Tty antara ‘mangsa’ situasi itu apabila tidak dapat menyertai skuad negara ke Sukan Olimpik Rio.
Situasi itu sekali gus menyaksikan Pei Tty tidak akan dapat menemani anak buahnya Vivian Hoo-Woon Khe Wei (gambar) pada temasya sukan terbesar dunia itu, sebaliknya tugas untuk membimbing beregu wanita negara itu akan digalas oleh Chin Eei Hui yang juga jurulatih beregu campuran negara.
Meskipun berasa sedikit kecewa, Pei Tty berharap Vivian-Khe Wei dapat mempamerkan aksi terbaik pada penampilan pertama mereka di Sukan Olimpik di bawah bimbingan Eei Hui.
“Kami tidak boleh melakukan apa-apa. Hanya yang saya harapkan ialah Vivian-Khe Wei dapat berdikari dan memberi kerjasama yang baik dengan Eei Hui.
“Saya sudah pun mengadakan perbincangan dengan Eei Hui mengenai program latihan Vivian-Khe Wei yang perlu diteruskan di sana.
“Apapun, Vivian-Khe Wei juga masih boleh menghantar mesej kepada saya jika mahu mendapatkan nasihat saya.
“Sudah tentulah saya juga berasa sedikit kecewa, tapi ini adalah keputusan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Jadi saya perlu terima,” katanya.
Selain Eei Hui, tiga lagi jurulatih yang akan bertugas di Rio adalah Hendrawan dan Tey Seu Bock (perseorangan) serta Jeremy Gan (beregu).
MY VIEW
Dah dijangka keputusan ini akan dibuat....
Tapi percaya our WD are strong and boleh buat kejutan di RIO nanti..
1970 Commonwealth Games Badminton SF - Ng Boon Bee and Punch Gunalan (Msia)vs Pare and Paulson(Canada)
OUR MALAYSIA LEGEND......
PARK JOO BONG vs MISBUN SIDEK - SINGLE
Monday, 11 July 2016
1979 Thomas Cup Badminton Final -Liem Swie King vs Morten Frost Hansen
Dua dua legend ... korang tengok macammana Lim swieKing smash
First day training after Hari Raya
Hari ni first day aku start balik coaching kat Sports Affairs . Dari banyak player aku , yg datang sorang jer hari ni dan yang paling tepat minggu ni 😀😀... bukannya diaorang ponteng tapi semuanya balik ke state masing masing untuk persediaan kem SUKMA.
Nampaknya aku train seorang budak jerlaaa... mesti korang rasa kerja jadi senang laaa kan... sebenarnya lagi susah nak buat program latihan..
Apa apa pun latihan harus diteruskan ...😀😀
BADMINTON ASIAN JUNIOR RESULT - MALAYSIA VS CHINA
China telah mengalahkan Malaysia 3 - 0 . Keputusan sudah agak dijangka memandangkan pasukan kita tidak menurunkan barisan terkuat.
# munkin untuk menumpukan dalam acara individu.... harap tindakan ini betul 😀
Sunday, 10 July 2016
Portugal menang Euro 2016
Tahniah Portugal....
Nampaknya dunia sukan tahun ni penuh dengan kejutan.... bukan pasukan pilihan untuk menjuarai Euro kali ni.... tapi teamwork yang cukup hebat mematahkan kemantapan France...
# harap team badminton Malaysia buat kejutan di Olimpik Rio nanti 😀😀😀
ASIAN JUNIOR - MALAYSIA TEWAS 1-4 KEPADA INDONESIA
Malaysia junior team akan bertemu China di pusingan suku akhir setelah tewas kepada Indonesia dalam peringkat kumpulan. Satu laluan yang sangat sukar tetapi tidak mustahil untuk membuat kejutan.
Dutch Junior Open champion Lee Zii Jia beat Chico Aura Dwi Wardoyo 21-10, 21-19 .
Saturday, 9 July 2016
CHONG WEI MAMPU RAIH EMAS
Kuala Lumpur: Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan sedar anak buahnya, Datuk Lee Chong Wei memiliki perwatakan pemain yang mampu meraih pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016.
Menurut jurulatih kelahiran Indonesia itu, perwatakan Chong Wei untuk meraih emas dapat dilihat dengan pemain nombor satu dunia itu mempunyai tekad membara untuk mengharungi Olimpik bulan depan.
“Seperti saya cakap sebelum ini, dia sekarang berbeza dari segi kematangan dan pemikiran. Dia kini semakin hebat,” kata Hendrawan.
Jelasnya, hampir semua kejohanan Chong Wei berjaya merangkul gelaran dan dari segi kematangan, pemenang perak Sukan Olimpik 2008 (Beijing) dan 2012 (London) itu dijangka mampu mengawal situasi dalam penampilan keempat temasya itu, bulan depan.
“Dari segi usia dan fizikal, memang tidak sama dulu, tapi kelebihannya sekarang kematangan dan cara pemikiran dalam menghadapi perlawanan,” kata Hendrawan yang muncul juara dunia 2001 di Seville.
Gandingan antara Chong Wei dan Hendrawan sambil dibantu seorang lagi jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock berjaya membentuk gandingan mantap sehingga membolehkan pemain berusia 33 tahun itu merampas semula gelaran nombor satu dunia.
Hendrawan banyak memainkan peranan meningkatkan semula semangat Chong Wei yang sebelum ini gagal ujian doping sehingga menyaksikan dia digantung lapan bulan dan tergelincir ke ranking 180 dunia.
Kini Chong Wei sudah bersedia untuk membawa cabaran negara ke Olimpik Rio, walaupun musuh tradisi, Lin Dan dijangka menjadi penghalang paling sukar buatnya bagi merealisasikan impian meraih emas sulung negara.
Dia juga dilantik Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi temasya itu nanti.
Skuad badminton negara yang diketuai Chong Wei turut dibarisi Tee Jing Yi (perseorangan wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Vivian Hoo-Woon Khe Wei (beregu wanita) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang akan bertolak ke Brazil hujung bulan ini.
My view
Setuju dengan pandangan Hendrawan, memang taruhan utama negara untuk raih emas di RIO masih lagi beliau. Aku cuma harap tiada last minit injury terjadi kat Dato. Masa sekarang ni memang kritikal sangat dan pemain memerlukan perhatian yang lebih.
Untuk acara lain , secara peribadi aku merasakan masih ada peluang untuk Malaysia meraih sebarang pingat tetapi ia mestilah berpandukan draw perlawanan nanti. Aku mengharap sangat our WD pair boleh membuat kejutan.
Thursday, 7 July 2016
Selamat Hari Lahir Rashid Sidek
Selamat Hari Jadi bro...
Sejarah aku dengan dia ni agak funny... boleh dibahagi kepada 4 fasa..
Fasa pertama
Semasa aku masih kecil dan masih main badminton level state jer... keluarga mereka adalah idolaku.. dapat tengok.kat tv jer... dan selalu terfikir macammana nak kenal dengan diaorang ni...
Fasa Kedua
Semasa diserapkan ke pasukan remaja kebangsaan dan aku memulai kehidupan di kuala Lumpur . Mula kenal erti kesusahan berada dalam kem kebangsaan kerana semua orang mempunyai cita cita yg sama . Still lagi aku tak pernah cakap ngan mamat ni 😀... coz dia x pernah tegur dan buat tak tau jer ngan kami pemain junior ni 😑😑.. seingat aku yang selalu tegur aku pon adalah Jalani Sidek jer sebab dia ni memang suka kacau dan buli orang ... kira taiko laaa ka kem badmimton ni... dia selalu panggil aku ' POLIS ' sebab bapak aku kerja tu.
Nak dijadikan cerita aku dipindahkan bilik betul betul berhadapan dengan bilik Rashid . Munkin ni la peluang aku bercakap dengan dia kot. Aku duduk kat bilik tu lebih kurang 2 tahun dan aku berjaya cakap ngan dia 2 kali dengan lebih kurang 10 perkataan😀😀..
* bang , boleh bagi kasut tak , kasut dah takda ( coz aku nampak kasut berlambak kat bilik dia ) .. dengan selamba dia jawab ... ambik laaa kasut mana mana... saiz pun memang sama. Full stop. 😑
* masa tu bapak aku tinggal bangsar , dekat ngan rumah Jalani, ada sekali tu aku tumpang dia balik rumah coz dekat ngan rumah dia masa tu, Jalani pon offer tumpangkan aku lagi esoknya untuk balik ke kem semula. Aku pon tunggu pagi tu , dan yang sampai Rashid Sidek laaa pulak... dia kata ngan aku Jalani suruh ambikkan. 😉😉.. dalam keta kami bercakap 6 patah perkataan 😀😀😀...
Itu ajerlaaa percakapan aku ngan dia..
Fasa ketiga
Semasa menjadi Jurulatih .
Aku ditugaskan untuk pergi ke India untuk menjaga budak dan Rashid pun ditugaskan sama. Oleh kerana 2 jurulatih saja yang pergi., kami dah tentu kena tidur sebilik. Dalam tempoh seminggu ni laaaa... baru aku kenal mamat legend ni secara dekat. Barulaaa aku tau dia ni boleh bercakap jugak 😉😉.. ingatkan bisu 😀😉.
Fasa keempat hingga sekarang
Dia menjadi Boss aku selama hampir 4 tahun. Aku berada dalam team dia untuk menjaga team junior masa tu.. kami menjadi semakin rapat dengan bebanan dan pelbagai masalah pemain masa tu.. kami pun sudah mulai bekeluarga dan isteri dan anak anak kami semakin rapat .
Kami mengambil keputusan tidak menyambung kontrak kami dengan BAM dan bernaung dengan club SPORTS AFFAIRS . Kami menjadi semakin rapat malahan keluarga kami juga begitu. Plan Holiday kami selalunya sama. Anak anakku pon happy kalau nak Holiday atau pergi rumah dia. Aku rasa kita dah macam family dah.
Ini laaa cerita aku ngan mamat legend ni. Memang siapa yang tak kenal dia, akan kata dia ni sombong atau manusia yang susah nak bercakap. Sebenarnya tidak, dia ok 😀😀.. kena caranyaa nak bercakap dengan dia.
Banyak aku belajar dari dia tentang badminton. How dia boleh champion. Kesungguhan dan komitmen beliau sangat tinggi sewaktu menjadi pemain , susah pemain sekarang nak contohi. Thanks bro.
Selamat Hari Jadi , semoga persahabatan kita kekal sampai bila bila 😀.
Wednesday, 6 July 2016
Hari Raya 2016
Selamat Hari Raya semua. Hari ni kami raya disekitar lembah kelang sahaja. Esok akan balik ke Selama pulak.
Masa ni baru kita boleh berjumpa dengan seluruh ahli keluarga . Banyak jugalaaa yg aku.tak kenal.... 😀😀
Monday, 4 July 2016
Thanks Mr Morten
Pagi tadi jumpa Morten kat BAM to discuss beberapa perkara. Dah buat temujanji last week & kami dapat jumpa seperti yg dijanjikan.
Perkara pokok ambil masa 5 minit saja , yang lain kami borak kosong saja sambil tukar tukar fikiran pasal badminton negara.
Aku pernah jadi anak murid dia dulu , kedatangan beliau untuk kali kedua sudah banyak merubah keaadaan , aku pasti sekarang dia menjadi lebih matang menilai keadaan atau suasana sukan di Malaysia.
Thanks Morten
Saturday, 2 July 2016
German vs Italy
First time aku tengok full game .. nasib baik ... really superb game. Game yg akhirnya ditentukan dengan sepakan penalty. Germany menang...😏😏...
Suka tengok both team main... ada speed & skill.. dan yg pasti diaorang ni memang fit berbanding game yang aku tengok sebelum ni....
Tough draw for Malaysian junior team in Bangkok by kng zheng guan (thestar)
Malaysia could not have asked for a tougher draw at the
Asian Junior Badminton Championships, which will be held in Bangkok from July 9-17.
Malaysia, seeded joint fifth-eighth for the mixed team event, are in a tough Group C with third seeds Indonesia, Taiwan, Myanmar and Mongolia.
Malaysia, who last won the title in 2009, need to top the group to avoid a clash with top seeds and defending champions China in the quarter-finals.
China, who have won the title three years in a row, are in Group A with South Korea, Singapore and Kazakhstan.
In the individual events, reigning world junior champion Goh Jin Wei is the girls’ singles second seed.
The 16-year-old, who is bidding to win her first Asian Junior title, won’t have it easy as she’s tipped to meet China’s world No. 48 Chen Yufei in the semi-finals.
“The pressure is certainly on Jin Wei. It will not be easy for her to live up to her status as the world junior champion,” said Frost.
The only other Malaysian juniors to be seeded are Lee Zii Jia and Soh Wooi Yik-Ooi Zi Heng.
Zii Jia, the Dutch Junior Open winner, is the fourth seed in boys’ singles while Wooi Yik-Zi Heng are seeded sixth in boys’ doubles.
MY VIEW
We always focus to much dekat junior punya result. For me personally, just give our juniors to enjoy every moment dalam tournament ni. Tak semestinya u tak menang sekarang , masa depan player ni dah gelap. Ramai lagi world class player yang x datang dari winner of this competition.
To our Player , have fun , know real badminton world dan yang paling penting , apapun result tournament ni, comeback stronger and train hard.... Good Luck guys...
ZLATAN IBRAHOMOVIC KE MANCHESTER UNITED
Manchester United sign Zlatan Ibrahimović
Manchester United is delighted to announce the signing of Swedish international striker Zlatan Ibrahimović.Ibrahimović, 34, made 180 appearances for Paris Saint-Germain, scoring 156 goals. He has won championships in four different leagues since beginning his professional career with Malmo in 1999. Zlatan represented his country 116 times, scoring 62 goals, before announcing his retirement from international football last month.
Zlatan Ibrahimović said:
"I am absolutely delighted to be joining Manchester United and am looking forward to playing in the Premier League. It goes without saying that I cannot wait to work with Jose Mourinho once again. He is a fantastic manager and I am ready for this new and exciting challenge. I have thoroughly enjoyed my career so far and have some great memories. I am now ready to create more special memories in England."
Jose Mourinho said:
"Zlatan needs no introduction. The statistics speak for themselves. Ibra is one of the best strikers in the world and a player who always gives 100 per cent. He has won the most important league championships in the world of football, now he has the opportunity to play in the best league in the world and I know he will grasp this opportunity and will work hard to help the team win titles. I am certain that his talent will delight fans at Old Trafford next season and that his experience will be invaluable in helping to develop the younger players in the squad."
MY VIEW
Sebagai die hard fan MU .... ni memang kemasukan yang terbaik.. harap MU boleh kembali menjadi team yang digeruni... tak tahan kena kutuk dah ni .....
Dato Lee Chong Wei mahu dua jurulatih ke RIO
Kad akreditasi yang terhad untuk jurulatih ke Sukan Olimpik Rio menyukarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memilih siapa bakal berada di tepi gelanggang ketika Chong Wei beraksi nanti.
Bagi Chong Wei, kehadiran dua jurulatihnya di Sukan Olimpik itu penting untuk menganalisis prestasinya dan pihak lawan.
"Seperti dimaklumkan oleh Datuk Seri Mohamad Norza (Mohamad Norza Zakaria) dan Tan Sri Mohamed Al Amin (Abdul Majid), kita ada masalah akreditasi terhad untuk jurulatih.
Mohamad Norza merupakan timbalan presiden BAM sementara Mohamed Al Amin pemangku Presiden BAM.
"Saya pernah minta jurulatih Hendrawan dan Sue Bock untuk bersama saya di Rio nanti. Saya perlu dua jurulatih bantu sebagai penganalisa perlawanan lawan. Sebelum ini juga saya dibantu dua jurulatih di Olimpik," katanya.
Chong Wei berkata selepas menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.
Sebelum ini nama juara dunia 2001 dan pemenang pingat perak Olimpik 2000, Hendrawan dan Seu Bock sudah disenaraikan namun tindakan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengehadkan empat kad akreditasi untuk jurulatih dan pegawai sokongan mengakibat segala perancangan awal terpaksa dirombak semula.
Biarpun BAM masih boleh membawa jurulatih setiap wakil mereka namun kehadiran mereka hanya sekadar di tempat duduk penonton selain tidak dapat bersama pemain walaupun di perkampungan sukan.
Kontinjen Olimpik negara kali ini akan menghantar lima wakil dalam sukan badminton termasuk Tee Jing Yi (perseorangan wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei (beregu wanita).